Heart

Heart

Pages

Click Me

Wednesday, 13 May 2015

Roh Rumah Sewa


Hello and Hai.

Hari ini aku nak sharekan tentang sebuah novel yang dah 2 minggu lepas aku beli dan habis baca. Bukan novel cinta tapi novel seram/mistik. Aku dah muak baca novel cinta, jadinya bertukar selera ke lain. Ni bukan pertama kali aku beli novel seram, first novel yang aku beli, Cerita satu malam by Zaifuzaman Ahmad, dari 5 bintang aku bagi 2 je. Tak best, tak seram, cerita yang sama sahaja. Bila nampak novel Roh Rumah Sewa, aku baca sinopsis dia terus aku pergi bayar. Tengok cover macam best je.



sumber: Google.

Sinopsis:

Rafael, seorang guru muda yang ditugaskan di kawasan pendalaman Perak. Papanya lebih suka Rafael bekerja dengannya, tetapi Rafael tetap berdegil mahu bertugas di SK Kampung Pulai Manis yang terpencil terletak sejam perjalanan dari pekan Gerik. Rafael tidak ada pilihan lain, dia terpaksa menyewa sebuah rumah yang mempunyai reka bentuk pelik. Tanpa sedar, Rafael telah membangkitkan makhluk yang telah lama menghuni rumah itu. Makhluk itu telah dipasung selama 150 tahun. Sejak hari pertama Rafael tinggal disitu, pelbagai perkara pelik dan mistik terjadi ke atas dirinya dan penduduk kampung. Misteri dan sejarah mula terugkai satu persatu sehingga melibatkan nyawa!.

Ceriternya bermula apabila Rafael ditugaskan di kawasan pendalaman Perak , manakala rakan-rakan yang lain dapat tawaran pergi ke Sabah dan Sarawak. Dan Rafael menyewa sebuah rumah lama kepunyaan Tok Penghulu atau nama sebenarna Amin bin Makaraudin tetapi orang kampung panggil Tok Min. Rumah lama tersebut berbentuk pelik seperti istana dulu-dulu kerna terdapat satu menara disisi rumah tersebut dan juga terdapat sebatang pokok gajus yang hampir mati tapi tidak ditebang kerana menurut Tok Min itu adalah wasiat daripada moyangnya dulu supaya pokok itu tumbang sendiri. Semua kisah seram bermula pada malam pertama Rafael tidur di rumah apabila didatangi oleh lembaga yang bernama Burgas dan Panglima Endai yang kononnya merupakan khadam kepada Rafael. Maka bermulah kisah-kisah aneh di kampung itu. Dan juga mucul watak-watak baru seperti cempaka, demak, pontianak seiras nad zainal, orang bunian dan lain-lain.

Secara jujurnya memang aku meremang bila baca buku ini. Walaupun cuma baca beberapa bab sahaja tapi dapat membuatkan aku terbayang-bayang dan masuk kedalam ceriter tersebut. Dan aku jenis suka baca novel waktu malam sebabnya siang hari fell tu macam tak ada, tak syok nak baca. Novel ini agak tebal dengan ketebalan 518 muka surat berharga Rm 21.00 tapi sebab aku ada member card popular maka aku cuma bayar Rm 18.90 sahaja. Bagi aku kalau jalan ceriternya sedap dan menarik beli mahal-mahal pun tak apa. Aku mengambil masa 4 hari untuk habiskan novel ini.

Disebabkan aku suka baca waktu malam maka mulalah aku ternampak benda-benda yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh nampak bayang-bayang hitam kat dalam rumah. Aku tahu itu cuma khayalan aku je, namun begitu aku tetap rasa seram.Walaupun novel ini seram tapi diterapkan juga elemen kelakar, kemasyarakatan, amalan kurafat dan yang penting elemen keagamaan yang begitu menonjol sekali yang disampaikan dalam novel ini. Jadinya novel ni kira lengkaplah tak ada merapu-rapu jauh daripada jalan ceriter dan bahasa yang digunakan pun senang untuk difahami. Bila part seram tu memang meremanglah kan bila sampai part yang kelakar tu memang gelak lah. Ada juga part sedih tapi tidaklah sedih yang teruk disebabkan penulis mencampurkan unsur-unsur Islam dalam ini maka kita yang membacanya pun mendapat iktibar daripada kisah tersebut. Dan juga walaupun duduk di kawasan kampung pendalaman masyarakatnya sudah maju, siap ada whatssap lagi.

Jadinya, tak rugi pun beli buku ini. Rasa sangat puas bila dah habis baca buku ini. Itu sahaja untuk entry kali ini.

Sayonara.


13 comments:

  1. Berapa bintang boleh bagi out of 5? Aku minat gak cerita seram2 ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bagi 5 bintang..jangan lupa beli k..

      Delete
    2. terima kasih atas reviewnya

      Delete
    3. Cerita ni x seram.Aku cuma boleh kasih 2 bintang jer

      Delete
  2. ok....xnk beli...coz seram..kikiki...but nice sinopsis..haha

    ReplyDelete
  3. Wow...Amir pun minat novel seram nie...I should get it as fast as i could....;-)


    #BlogWalking http://iamwarlord.blogspot.com/ <=Do Peeping Me ;-P

    ReplyDelete
  4. Tak pernah suka baca novel..kalau ada yang sudi bacakan,especially sebelum tido...aku layan aje...ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang Kamen, meh kita baca novel untuk abang. hehehe.

      Delete
  5. best novel nie...terbaik..mmg seram tp lawak kt mail keding dan osman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Betul tu..nak baca untuk kali kedua..hehehe

      Delete