Heart

Heart

Pages

Click Me

Thursday, 12 February 2015

Entry Untuk Anda.

Hello and hai.

Entry ini tercetus di sebabkan aku membaca komen-komen yang telah di tinggalkan untuk entry oleh anda semua yang sudi bagi komen. Maka hari ini aku akan menjawab secara terperinci tentangnya. Menjawab segala teka teki, cewah macam popular pulak gitu.

Sebenarnya aku dah pun masuk umur 20an, dan sedang menuntut sama macam blogger yang lain. Pastinya akan timbul tanda tanya kenapa entry yang lepas aku ada sebut tentang kerja sekolah, dan pastinya kau orang fikir yang aku masih bersekolah lagi dan sekarang study untuk SPM kan. Meh sini aku terangkan satu persatu.

'Sekolah' = Universiti
'Kerja sekolah' = Assignment, kerja project.

Mungkin bagi kau orang macam pelik je tapi bagi family aku, orang sekeliling aku, kawan-kawan aku benda ni dah macam biasa. Macam family aku, mungkin disebabkan aku ni anak last maka walaupun aku dah tak sekolah lagi tapi still gunakan perkataan sekolah lagi. Mula-mula aku fikir cuma family aku je rupanya orang sekeliling aku pun macam tu, mereka macam mengangap yang aku masih 'bersekolah' lagi tapi sekolah yang lebih tinggi. Kawan-kawan yang sama negeri pun sama, family dia orang pun masih panggil 'sekolah' lagi. Sebagai contaoh ayat antaranya:

'Adik esok sekolah pukul berapa?' 'Adik balik sekolah pukul berapa?'
'Hari ini sekolah sampai kul berapa'?.

Disebabkan aku ni orang hantar dan ambik dari 'sekolah' aku kena pastikan jadual waktu dengan betul samada ada kelas atau tidak. Ada orang katalah 'untunglah ada orang datang hantar dengan jemput' 'amboi, manjanya tak pandai independent langsung' ' bestkan duduk rumah family macam-macam dapat' dan sebagainya. Sebenarnya tidak best lagsung ok kau kena tunggu orang hantar dan ambik kau dari 'sekolah'. Satu benda yang aku belajar ialah, sentiasa bersabar, tidak semestinya aku balik kul 2 p.m terus balik je kadang-kadang kena tunggu orang datang ambik.

Kalau kena kelas habis kul 5 atau 6 p.m aku kena tunggu sampai ke maghrib untuk parent datang ambik, akulah pelajar yang last sekali balik termasuklah bulan puasa. Kalau kelas pukul 8 a.m maka aku dah terpacak kat 'sekolah' kul 7.15 a.m. Ada masa pulak hanya satu kelas je untuk satu hari, belum panas lagi dah balik. Kalau parent yang tak bekerja lain ceriterlah kan tapi aku bersyukur sebabnya ada orang yang hantar balik dan jemput. Sampaikan pak guard, staff dan lecture pun dah kenal muka aku, pelajar pertama yang datang. Rasa bangga sekejap**. 

Dan selama ini pun aku tak pernah mengeluh pun biarkan lah orang nak cakap apa pun, aku peduli apa. Tak kan aku nak demand dengan family suruh beli kereta bagai. Ingat kat belakang rumah ada pokok duit ke?. Aku cuma ada lesen kerata sahaja, lesen motor tak ada. Bila stay dengan family kena adanya tolak ansur dan menghormati satu sama lain. Pada hal lagi best stay kat hostel, tak ada balik dari 'sekolah' kau kena angkat baju kat ampaian, malam pulak sambil tengok tb kena lipat baju sekeluarga, kena kemas rumah bagai, fikir nak makan apa waktu malam, masa bersosial pun terbatas lagi-lagi waktu malam memang duk kat rumah je. Kalau famly ada masalah maka aku pun turut rasa masalah tersebut.

Orang kata duduk dengan famly best cuma kau fikir semula, memanglah dari segi tempat tinggal, makan minum pakai semuanya best tapi kalau family kau ada masalah maka jadi masalah kau juga. Kena pandai uruskan masa untuk belajar, buat kerja rumah dan masa untuk diri sendiri. Aku jenis yang cepat sakit mata kalau aku tengok rumah aku macam kapal pecah, aku tak boleh duduk diam. Aku dah di didik dengan cara untuk nampak rapi dan kemas dalam apa juga kerja yang di lakukan.

Berbalik pada perkataan 'sekolah' tu dengan orang sekeliling aku dan juga kawan-kawan aku. Sebagai contoh ayat anataranya:

'Adik tak pergi sekolah ke, dah mula cuti sem ke?. 'Macam mana sekolah ok tak'?

'wei kau dah siap belum kerja sekolah'?. 'kau dah dapat belum jawapan kerja sekolah Miss A'?.

'Esok kau orang gi sekolah kul berapa'?.

Bagi orang lain dan pensyarah rasa macam lain je sebabnya dah besar pun nak juga 'sekolah' juga. Itulah serba sikit aku nak terangkan, kalau aku sebut pasal 'sekolah dan kerja sekolah' kau orang dah tahu jawapannyakan. Jumpa lagi.

Sayonara.

12 comments:

  1. I see.
    So cancel lah aku jadi orang tua.
    Now feeling muda balik. HAHAHAHA.
    Untunglaaaa ulang alik dari rumah. Tak payah stay hostel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai! Awak kan memang sentiasa muda je. Ada untung dan rugi. Hehehe.

      Delete
  2. sekolah elok-elok..jangan keje asyik usha anak teruna orang je...ekekeke

    rindu nak sekolah balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok wak, saya sekolah elok-elok k. Tengok anak teruna sebagai extra assignment dan hilangkan stress. Hehehe.

      Delete
  3. Lelaki seksi ni mesti penyabar orang nya. Haha. Aku lambat 30 minit je dah jadi baran. :)

    Kalau aku, aku prefer stay hostel je. Ramai member pastu boleh cuci mata. Nak pulak time mandi lepas futsal. Grrr. Tak payah ssh imagine, ada depan mata. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai wak, saya tak lah penyabar mana pun. Amboi biasa buatlah tu kan. hehehe. Part tu memang saya tak sabar, terus terkam je. hehehe.

      Delete
  4. aku rasa dduk hostel lagi seronok. hahahaha. sebab banyak benda and bebas boleh buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu tak pe, untuk keadaan saya ni rasanya memang tak duduk hostel. Hehehe

      Delete
  5. Nmpknya cari family kita didik sama. To be honest kalau aku balik rumah weekend (ddk hostel dkt u) mesti sibuk mengemas dulu baru buat kerja. Kalau tak rasa x tenang. Hahaha tp mmg betul apa yg kau ckp mslh family pun kita terlibat n mcm aku sbb anak bongsu lelaki satu2nya jd mmg byk lah tggujwb pada keluarga. Btw nice post. Maaf comment pjng n rajin2 lah melawat blog Mr K :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai wak, terima kasih sudi singgah dan tinggalkan jejak. Nampaknya kita lebih kurang sama je. Hehehe. Nanti saya singgah kat blog awak k.:-).

      Delete
  6. bila kau dh keje sometime kau akan rasa dok ngn family best. aku kalau boleh nak keje kat melaka dekat ngn family. dok jauh2 dengan family x best beb.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai wak, memang betul tu, bila duduk dengan family kita nak kebebaskan, tapi bila dah duduk jauh dengan family baru kita rasa yang best bila duduk dengan family. ...

      Delete