Pages

Click Me

Friday, 17 April 2015

keliru



Kadang-kadang aku rasa keliru
terhadap diri sendiri dan perasaan
adakah ini yang aku inginkan?
mungkin ini antara yang terbaik buat ku?.

Ada timbulnya pelbagai rasa
rindu, sayang, cemburu,takut
adakah aku akan bahagia?
betul ke dia yang terbaik untukku?

betul atau tidak apa yang aku lakukan?
mampukah kami bahagia?
boleh ke dia terima kelemahan dan kekurangan ku?
pantaskah aku untuk dia?

Betul ke apa yang aku rasa?
aku sudah bersedia belum untuk semua ini?
atau mungkin aku belum matang lagi?
untuk ke peringkat seterusnya.

patut atau tidak aku terima
kalau satu saat nanti 
dia mengatakan ungkapan itu
adakah ya atau tidak jawapan aku?.

adakah dia serius untuk aku?
adakah dia akan setia pada ku?
betulkah hanya aku di hatinya?
atau nanti dia memilih yang lain bukan aku?.

bolehkah aku hilangkan perasaan itu?
andai dia memilih yang lain
mampukah aku untuk melihat mereka bahagia?
adakah aku akan hilangkan diri dari semua ini?

harus aku sedar diri
jangan terlalu mengharap pada sesuatu
yang kita belum tahu apa yang akan terjadi
selalu aku pesan pada diri
biarkan ia datang dengan sendiri
kelak ketika pergi tidak akan
merasa kesakitan yang di tanggung

Kerana hati dan perasaan 
seakan sudah beku dan terkunci
ingatan seakan sudah mati
apabila mentari esok datang menyinar.

10/03/2015.

4 comments:

  1. Usah diharap pada yg tak pasti.
    Kelak kau terusan menanti..

    Buka lembaran baru yukk.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah buka dah lembaran baru yang pernuh dengan warna warni. hehehehe.

      Delete
  2. jgn terlalu mngharap, takut kelak memakan diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama sudah tidak mengharap apa-apa, hehehe.

      Delete