Pages

Click Me

Monday, 24 August 2015

Pendamping by Zyra Safiya


Hello and Hai!.

Hari ini aku nak sharekan satu lagi novel seram yang dah lama aku baca tapi belum sempat nak buat review lagi. Pendamping by zyra safiya yang berharga RM 17.00. Untuk novel ini aku bagi 4 bintang. Jalan ceriter yang tidak menyimpang kearah lain, penggunaan bahasa yang mudah di fahami dan yang penting tidak boring.




sumber : Google.

Sinopsis :

Helena sukar dimengertikan tingkah laku dan pemikirannya. Hijab Amy yang terbuka pula mampu melihat lebih daripada apa yang diingikan. Hadir diantara mereka adalah Zarif. Saat helena menagih cinta daripada zarif yang tidak mampu memenuhi jalan yang sukar dipermudahkan dengan hawa nafsu yang bertuankan syaitan durjana. Khidmat cemapaka nun jauh di pondok usang yang degeruni, dicari lalu hati zarif yang liar memberontak ditundukan. Amy mengocak kasih, pencetus cinta. Dia nampak kehodohan sifat manusia yang rakus mahu menguasi biarpun perlu menganiayai. Berjayakah zarif melepaskan diri daripada helena?. Mampukah amy membutakan setiap penglihatannya?.

Ceritannya bermula apabila En Zamri membuat keputusan untuk mengambil Helena sebagai anak angkat disebabkan rasa kasihannya dimana ibu helena telah dimasukan ke dalam penjara disebabkan kesalahan jenayah yang dilakukannya  dan ayahnya seorang yang miskin. Meskipun tidak disetujui isteri en zamri namun terpaksa juga menerima helena sebagai anak angkatnya yang telah mengorbakan salah seorang anak kandungnya sendiri. Amy seorang gadis yang dimana ijabnya dibuka daripada kecil lagi mampu melihat 'benda' lain daripada pandangan mata orang lain. Semakin membesar semakin banyak 'benda' pelik yang bisa di nampaknya. Zarif, jejaka kacak dan bergaya menjadi rebutan para gadis di kolejnya termasuklah helena. Apabila mengunakan cara lembut tidak berjaya, dia mengunkan cara halus untuk mendapatkan zarif. Cempaka, apabila namanya diseru dia akan tiba bagaikan angin dan pergi secepat angin. Hanya mampu nampak bayang-bayangnya sahaja tanpa dapat menatap raut wajahnya. Meski pun menakutkan namun ia bagaikan satu hiburan buat helena dan helena mempunyai kawan di alam ghaib.

Namun bagi Amy bayang-bayang hitam itu amat menakutkan baginya kerana bayang-bayang hitam tersebut boleh menjelma pelbagai bentuk. Walaupun sudah di halau mengunakan mengunakan ayat-ayat suci tapi lembaga itu tetap sentiasa datang kepada amy, samaada didalam tidur atau pun jaga. Zarif, yang tidak tahu apa yang terjadi keatas dirinya seakan menjadi orang bodoh mengikut rentak helena, nasib baik mempunyai sahabat yang prihatin atas apa yang terjadi pada dirinya. Apa yang helena rasa akan dirasai oleh zarif begitu juga sebaliknya. Dan mereka berdua terlihat bayang-bayang baby di atas bahu mereka dan mendengar suara tangisan tiada henti. Apakah yang dilakukan oleh helena kepada zarif?.Adakah zarif akan selamat daripada helena?, siapakah cempaka sebenarnya? adakah amy berjaya menutup hijabnya yang terbuka itu?. Semuanya ada dalam novel.

6 comments:

  1. zyra safiya should pay u commission tau...ko review very well sampai aku rasa nak beli...haha...or should i borrow je???hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haahhahaha..harap2 zyra safiya singgah kat blog ni, boleh lah dia bayar commission..kalau pinjam dapat baca sekali je, kalau beli dapat baca banyak kali...terserah kapada diri anda..

      Delete
  2. tetiba teringat lagu lama "Cempaka Di Rembulan".. shin x berapa selesa nengok cite seram.. tp shin suka baca cite antu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu apa tu wak?.nanti kita dengar cari kat utube..baca novel hantu lagi best rasanya daripada tengok ceriter..hehehe

      Delete
  3. Nice review.. tp i x brp suke baca novel. prefer jadi watak dlm novel je hiks XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..terima kasih sudi singgah kat sini..i dulu pun kurang suka macam novel juga..

      Delete