Pages

Click Me

Sunday, 28 May 2017

Salam Ramadan 2017.


Image result for ramadan 2017

Hello and Hai.

Hari ini dah masuk bulan Ramadan bagi tahun 2017. Dan baru ada kesempatan untuk menulis dalam blog tentang puasa. Macam mana dengan puasa kau orang? Ok ke tidak?. Diharapkan semua ok dan dapat berpuasa dengan baik tanpa ada masalah kesihatan.

Bulan puasa adalah bulan yang dinantikan oleh semua umat Islam diseluruh dunia. Kerana bulan ini adalah yang amat istimewa dan berbeza daripada bulan lain. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata kecuali merasainya sendiri.

Bila dah masuk bulan puasa ni, maka jadual harian aku mula berubah. Jam 4.30 pagi sudah bangun untuk meyiapkan hidangan sahur untuk keluarga samada panasakan lauk atau masak nasi goreng juadah yang sama setiap tahun. Lepas solat subuh tidur sekejap dan bangun sebelum jam 7.00 tapi bila weekend 7 lebih baru bangun (hehehehe). Aktiviti lain macam biasa tiada terganggu. Juadah untuk berbuka puasa pula, samaada masak atau pun beli kat bazaar. Seronok pergi bazaar tapi kena pandai kawal nafsu dan perbelanjaan. Jangan terlalu boros beli makanan, banyak lagi hari dalam bulan puasa.


Image result for ramadan 2017

Harapan Ramadan aku pada tahun ini, semoga lebih banyak membuat ibadah daripada tahun sebelum ini. Walaupun kadang-kadang tu malas sikit tapi akan aku gagahkan juga diri ini. Bulan Ramadan ni juga adalah kesempatan untuk mensucikan diri serta fikiran kita daripada benda yang tidak elok dan negative. Disamping itu, cuba untuk penuhkan aktiviti harian dengan perkara yang berfaedah. Dan diharapkan dapat melupakan perkara yang pernah berlaku sebelum ini. Semoga diberikan kekuatan dan keyakinan didalam kehidupan.

Pada masa yang sama berazam untuk kuruskan sikit berat badan dengan menjaga permakanan dan dapatkan balik berat seperti tahun lepas, 😃😃😃😃. Harapnya dapatlah terlaksana. Rasanya bukan aku serorang sahaja tapi kebanyakan orang pun ada azam macam tu kan. Hahaha. Harapnya kita semua dapat capai lah apa yang kita hajatkan ok.

Puasa tahun lain sikit berbeza dengan tahun lepas sebabnya masing-masing dah berkahwin dan bila sampai waktu berbuka agak santai tahun ni tak ramai orang kat rumah. Agak sunyi sepi daripada keriuhan suara-suara semasa berbuka. Bagi aku ok je tak ada masalah cuma pelik sikitlah. Hhahaha. Biasalah awal ramadan nak buka dengan keluarga mentua kan nanti berbuka sama pulak.

Itu jelah catatan hari ini, sampai berjumpa lagi. 

Sayonara.







Friday, 19 May 2017

My life update for May 2017.




Hello and Hai.

Dah lama sangat tak update blog, maka entry kali ini adalah random entry dimana akan campurkan segala cerita dalam entry ini. Marilah mulakan.


 Permulaan tahun 2017.


Di awal tahun 2017, pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku. Tidak bersinar dan bertuah pada awal tahun ini. Satu per satu terjadi. Namun itu tidak mematahkan semangatkan yang ada didalam diri ini. Setiap permasalahan ada jalan keluarnya sendiri hanya kita sendiri sahaja yang harus mencari jalannya. Samaada sukar atau tidak sesuatu masalah itu.

Semakin berisi.


Lewat beberapa minggu dan bulan ini selera makan aku semakin menjadi-jadi. Akibat daripada makan tidak beringat kerana selalunya makanan tidak habis akan aku habiskan daripada membazir dan buangkan. Tambahan pula cuma aku yang ada didalam rumah maka tiada siapa lagi. Namun sekarang aku didalam proses untuk mengawal kembali permakanan aku. Dan nasib baik aku bukan peminum air manisan maka agak mudah untuk mengawal selera. Walaupun makan banyak aku seimbangkan dengan minum air putih didalam kuantiti yang agak banyak juga.

Kurangkan OCD.

Sekirannya anda pembaca tetap blog ini, maka anda pasti tahu akan salah satu sifat seorang Carl Dani. Hahahhaa. Memandangkan badan dah berisi maka aku agak malas untuk mengemas terlalu kemas seperti sebelum ini. Aku cuma ambil ringan sahaja, kalau ternampak sesuatu yang tidak berapa nak kemas teratur dan seangkatannya aku cuma pejamkan mata. Kena kurangkan sikap tu, kalau duduk rumah sendiri tak mengapalah kan. Hahaha. Tapi ada masanya tidak boleh kawal emosi tu, so meletoplah. Eh!. Nasib baiklah siapa yang kena.


Image result for love vivy season 2

Love Vivy seasons 2.

Hari Isnin yang lepas berakhirnya rancangan love, vivy di astro ria. Kenapa cepat sangat habis?? rasa macam baru tengok dan tidak puas nak tengok. Kalau boleh nak lebihkan lagi episode sebab banyak benda yang dapat dipelajari daripada rancangan tersebut terutamanya tentang business dan fashion. Walaupun ada yang komen negative pasal rancangan ni, tapi bagi aku terserah kepada diri anda sendiri. Kita tak dapat nak puaskan hati serta kehendak semua orang untuk suka pada kita sebab kita bukan sempurna sangat.

Cuti Semester.


Menghabiskan masa berada dirumah sahaja tanpa pergi kemana-mana. Kalau ada pun pergi beli barang sekejap kemudian balik. Kemas sikit-sikit, masak-masak dan sebagainya. Termasuk juga berangan setiap masa. Hahahaha. Sangat hamba kehidupan Carl Dani.

Ramadan.

Minggu depan dah mula puasa. Iklan dan rancangan semperna ramadan sudah rancak bermain di kaca tv hari ini. Tak sabar rasanya nak puasa. Harapanya tahun ni dipermudahkan urusan untuk berpuasa dan bangun sahur serta lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini.  Tak tahu macam mana keadaan puasa tahun ni. Sebelum puasa cuaca panas sudah melanda. Diharapkan semuanya akan berjalan dengan lancar.



Sayonara. Sampai jumpa lagi.









Friday, 5 May 2017

My ex and face my fear.


Image result for face my fear

Hello and Hai.

Hari ini, hari Jumaat 05/05/2017. Cantik tarikh hari ni lah! baru perasan. Ok never mind. Hari ini aku membuat keputusan untuk pergi ke tempat yang pertama kali aku jumpa dengan dia . Yup, daripada aku terbayang-bayang dengan perasaan yang susah nak pergi maka aku pergilah ketempat situ supaya hilangkan segala anasir-anasir yang tidak elok berkampung didalam hati dan pemikiran aku.

Jam 10.15 pagi aku pergi sana TAPI pakai seluar jean skinny, tshirt dan kasut biasa. Tidak dirancang untuk  pergi kesana. Umpama fazura main football pakai heel dalam gol and gincu. Nasib baik tak ramai orang cuma ada beberapa orang sahaja namun mereka memandang pelik kearah aku dan aku teruskan juga langkah. Yang penting confident walaupun tak bersedia untuk teserempak dengan dia dan ketika itu fikiran aku kosong, lantaklah terjumpa atau tidak dia kat situ.

Image result for gol and gincu fazura

Ketika aku belum memulakan langkah, bateri telefon tiba-tiba mati dengan sendirinya. Aku cubalah on kan balik, cabut bateri pasang balik masih tak boleh nak on . Oh damn! dah lah nak dengar lagu sambil berjalan dan pada masa yang sama  ambik gambar sikit untuk letak dalam blog ni namun hampa. Itulah adalah halangan bagi aku namun aku simpan fon dalam seluar aku dan  memulakan langkah masuk kedalam hutan rekerasi itu dengan penuh bersemangat dan tekad. Halangan sikit je tu.

Langkah demi langkah aku atur sambil menikmati kehijauan alam dan ketika itu satu persatu memori aku dengan dia terbang jauh jauh semakin jauh. Kenangan lalu sedikit demi sedikit hilang dan hilang. Aku rasa happy dan tersenyum sebab tiada bayang-bayang lagi. Best gila perasaan itu.


Image result for face my fear

Sehingga sampai satu stop point ni, aku ternampak sesorang dengan basikal cuma nampak belakang je tapi aku boleh agak dari susuk tubuh itu dia. Maka aku percepatkan langkah aku. Semasa sedang mengaturkan langkah tu entah macam mana aku boleh tertoleh kearah belakang dan pandang sekilas ke orang yang berada dibelakang aku, dan betul tekaan aku itu dia. Kami memandang satu sama lain dan lantas aku memandang kearah hadapan tanpa lagi menoleh ke belakang. Cukup saja sampai situ. Umpama orang asing di bumi yang sama. You know what i mean. Hahaha.

Aku meneruskan langkah sampai habis dan nasib baik tidak sesat sebabnya setiap simpang mempunyai 2 bercabang kena pilih satu samaada jalan pendek atau panjang. Maka aku pilih yang panjang. Setengah jam lah juga nak habiskan.

Aku rasa bangga dengan diri aku hari ni. Sepatutnya aku buat benda ni awal dulu tapi tidak punya kekuatan untuk lawan perasaan itu sebabnya aku lemah tidak mencuba untuk melawan perasaan yang datang dengan berani. Namun apakan daya benda dah berlalu tidak usahlah untuk di ungkitkan kembali. Semoga menjadi pengajaran dimasa akan datang.

Bagi aku yang mana aku terlalu baik untuk dia dan dia terlalu baik untuk aku.Titik!. Chill sudah bro!. 

Kepada anda yang mungkin terbaca dan mempunyai permasalahan yang sama, usahlah anda melarikan diri daripada masalah tapi hadapi masalah itu meski pun anda tidak kuat dan rapuh. Sampai bila harus mengelakan diri daripada semua benda kerana hidup harus diteruskan walaupun perit macam mana pun. Agi hidup Agi ngalaban.!

Sayonara.