Pages

Click Me

Monday, 3 July 2017

Selamat Hari Raya 2017.


Related image


Hello and Hai.

Selamat hari raya maaf zahir dan batin semua, baru ada masa nak update blog.

Raya tahun ni macam aman dan redup sikit. Hahaha. Ok, petang raya dan malam raya semua masih dirumah aku, masak-masak lepas tu malam ada buat kenduri sikit je, makan-makan semua. Dah siap kemas semua, aku masuk dalam bilik nak siapkan tugasan aku. Sebab sem kali ni agak mencabar dan banyak kerja nak kena buat.

 Maka aku pun tak tahulah apa yang terjadi diluar sampailah ke jam 10 malam baru keluar bilik, keadaan dalam rumah dah sunyi sepi. Rupannya dia orang dah balik kampung yang mana abang aku yang pertama dan ketiga dah balik kampung. Dan abang aku yang kedua pun sama dah balik rumah dia, kampung area yang sama je.

Malam raya agak lamabat aku tidur, nak lipat baju dengan penatnya lagi daripada pagi sampai ke petang kat dapur je. Malam pulak tak dapat nak rehat santai-santai. Siapa cakap jadi anak bongsu tu best?? siapa cakap??,. Dah tak ada orang kat rumah maka akulah kena hadap semua itu dan ini. 

Pagi raya tu ngantuk gila-gila namun gagahkan diri buat macam-macam. Sempat basuh baju lagi tu. Macam ribut buat kerja rumah. Nasib baik tak pengsan. Hahahha.

Raya kali ni tak ada family potret ke apa sebab sikit sangat orang kat rumah maka ambik gambar sendiri-sendiri lepas tu upload kat Ig dengan facebook. Hahhaa.

Tahun ni banyak sangat drama tapi haram jadah satu pun aku tak tengok. Tak pe nanti boleh tengok youtube, hahahah. Biasalah astro nanti adalah tu dia ulang balik. Raya tahun ni tak boleh nak happy sangat sebabnya next month dah nak final exam. Satu benda belum ready lagi. Dah kena hantar tugasan dalam bulan ni dan juga bulan depan. Kena siapkan satu.

Tak pe, nanti raya haji boleh raya puas-puas makan puas. Hahahaha. Ok lah nak jawab soalan quiz, wish me luck awak-awak semua. Sampai jumpa lagi.

Sayonara.