Heart

Heart

Pages

Click Me

Sunday, 25 March 2018

Dunia baru.



Hello and hai.

Welcome back to my world. Muah sikit kat kau orang semua. Lamanya menyepi dari dunia blog ni kan. Itulah namanya perubahan sosial media, semuanya beralih ke Ig, fb lah dan lain-lain. Rasa macam dah terkubur dah dunia blog ni, mereka yang otai-otai pun dah lama tak update blog kalau dulu meriah hampir tiap hari ada entri baru.

Disebabkan aku dah bosan dengan tema blog yang lama maka aku dah bertukar wajah sikit dengan harapanan rajin-rajinlah update blog ni. Dan dengan harapan jugalah kulit akan seputih serta segebu warna blog ni, rasa macam nak campak je losyen nivea tu pakai berbulan sama je warna kulit tak berubah. Ish! biasalah masalah terbesar orang Malaysia dari dulu sampai sekarang ni.

Tak ada benda yang menarik pasal kehidupan aku untuk aku kongsikan buat masa ni. Banyak benda nak cerita tapi bila dah hadap papan kekunci ni terus terkunci minda terus. Hahaha.

Habit aku sama macam sebelu-sebelum ni tidur lambat, jam 12 barulah terlelap mata ni. Aku cubalah untuk tidur awal, jam 10 aku dah tutup mata tapi kan masih tak boleh nak tidur. Aduh! Dah lah next month exam banyak pagi mahu tak rabak mata nanti nak jawab soalan, tak bekembang minda untuk berfikir. Hahaha.





Kadang-kadang aku tak faham dengan orang yang suka membawang ni. Apa masalahnya nak membawang bila kita tak kacau dia tapi dia kacau kita. Aku tak kisah kalau orang luar nak membawang pasal aku pi lantak lah tapi orang yang dekat dengan kau dok membawang aku rasa macam erm.....flip hair!. Hahaha.

Semakin lama semakin banyak yang suka membawang, tak kiralah kat mana pun. Dekat sosial media lagilah umpama manusia tiada adab dan harga diri, semakin lama semakin teruk tu sebab aku tak adalah aktif sangat pun kat sosial media ni.

Ok lah sampai sini sahaja, ada masa kita bertemu lagi. Take care and love ur self. xoxo.

Sayonara!.