Heart

Heart

Pages

Click Me

Monday, 11 November 2013

009 Musim Hujan Di Bumi Malaysia

Assalamualaikum..



Syukur ke hadrat Ilahi, masih bernafas lagi di muka bumi Malaysia..Sejak akhir-akhir ini hujan sentiasa membasahi bumi Malaysia samaada 24 jam atau pun siangnya hujan dan malam sudah reda dan juga sebaliknya,,




Hari ini hari Isnin, hari permulaan bekerja untuk sesiapa yang bekerja samaada swasta mahupun kerjaan. Aktiviti hari ini adalah seperti biasa mengemas rumah hanya di dalam sahaja, niat di hati mahu mengemas halaman rumah kerna banyak sekali daun-daun kering bertaburan di atas tar dan jalan masuk rumah namun niat itu terpaksa di pendamkan, mungkin esok saja laksanakannya. Hari ini jemuran baju agak banyak, semalam hujan tiada henti sehingga lewat petang baru reda dan nampaklah matahari mengeluarkan cahaya, 



Awal pagi tadi sudah mendung memanjang sebelum berhentinya hujan yang turun awal pagi sebelum subuh lagi. Rasa bimbang juga mahu menjemur pakaian kerna mataharinya tidak kelihatan namun pasrah saja. Setelah buat sedikit workout barulah mataharinya muncul dan bersinar bak diamond in the sky menerangi bumi Malaysia. Barulah rasa lega nak jemur pakaiannya.



Sesudah siap melaksanakan kerja rumah barulah senang hati nak mandi lama-lama. Yup mandi lama maksudnya buat body scrub. Homemade scrub daripada beras saja. Sesudah siap semuannya baru lah ada masa nak beronline. Best juga berskype ni, baru buat walaupun dah lama dah ada akaunnya..sedih, memang ketinggalan zaman betul. So what?.Niat di hati nak juga ambil gambar dan share di sedih namaun apakan daya ini laptop not belong to me..



Didalam proses mengumpul duit nak beli laptop. Hehe..Sebelum ini perancangannya nak beli laptop apakah daya aku handfon rosak ketika duit sudah cukup nak beli laptop. Terpaksa matikan niat itu. Hhehe..k bye..

-.-


Monday, 22 April 2013

001 Lelaki macho


Selamat datang diucapkan kepada anda yang sudi melawat blog lelaki macho ini..

Diharapkan anda semua yang dah berpengalaman boleh memberi tunjuk ajar kepada lelaki macho ini amat-amat di alukan kepada anda yang sangat arif di dalam dunia blogging..

 Lelaki macho akan sedaya upaya memberikan yang termacho kepada follower mahupun kepada semua pembaca yang sudi membaca catatan lelaki macho
walaupun tidak dapatnya di alam nyata cukuplah di alam maya
biarlah lelaki macho dengan fantasinya dan diharapkan anda pun sama...

Diharapkan juga kita semua mampu menjalinkan hunbangan baik di antara sesama kita tak kira di mana juga kita berada sekali pun...
Terima kasih..