Happy Monday...
Semalam dengan tergesa-gesanya dan last minute nak buat perjumpaan. Makanya yang hadir hanya aku, Jemah dan Timah bukan nama sebenarnya. Kita orang berjumpa kat shopping paling besar itu sebabnya semuanya ada. Memandang si Timah punya kerja kat situ dan boleh keluar bila-bila dia suka, untung muda-muda dah jadi manager. Si Jemah pulak bf dia yang hantar. Aku pergi sendiri. Dah bertahun tak jumpa dia orang sebenarnya. Rindu.
Janji pukul 3 tapi sebelum pukul tiga aku dah sampai, dekat mulut macam-macam surah yang aku baca supaya dapat park yang kosong, sekali je aku main pusing-pusing dah dapat park. Alhamdulilah..Sambil nak tunggu Jemah datang sempatlah juga aku pergi popular tengok buku padahal dalam hati menyumpah napa lah kau lambat datang. Si Jemah kata nak beli hadiah untuk bf dia. Untung bf kau dapat kau.
Bila si Jemah dah sampai maka kami bercat walk pergi tempat kerja si Timah tu. Sebenarnya dia orang terkejut tengok aku awat lain benor aku ini. Dah kurus benor tak berisi macam dulu. Penat juga nak menjawab semua soalan dia orang sampai dia dah habis ayat nak tanya, last-last tanya aku makan ubat kurus ker? Memang tidak lah jawabnya. Maka kami bertiga pun mencari tempat untuk melantak.
Bila dah berjumpa tu memang bergosip dari mula sampai nak ke balik tak habis-habis. Kita orang memang jenis kuat ketawa, sampaikan buat tempat tu macam kita orang yang punya. Hehe. Lama dah tak gelak, happy macam ni sampai aku rasakan hormon-hormon dalam badan aku kembali aktive seperti dulu.
Ada juga mangkuk yang merajuk bila kami berjumpa tak ajak dia, padahal nak siap ajak semua dalam group nak berjumpa tapi diam je, maka kami jelah berjumpa. Tak pe next time keluar ramai-ramai lagi meriah tapi tak boleh bergosip banyak-banyak kena cover-cover walaupun semua kawan baik pasti ada rahsia yang tak boleh di bagitahukan. Kau orang pun samakan.
Bila dah berjumpa ni macam-macam kisah yang keluar, aku terkejut tapi aku control je sebabnya yang berceriter pun cool. Handsome-handsome kawan si Timah ni, nasib baik timah tak tak aku ni songsang, yang tahu pun si Jemah je. Ikut rasa nak je minta number fon kawan si Timah tu, tapi sabar lebih tinggi daripada nafsu..Gayyytu.....
Lama jugalah kami bersama sampaikan nak ke petang bercakap-cakap. Dan semestinya semua mata pandang ke Timah sebabnya dah lah cantik, pakai pulak bukan kemain lagi. Atas bawah orang pandang dia gitu..Aku dengan Jemah dah biasa bila keluar sama dengan Timah orang akan pandang macam tu..
Rasa sedih nak berpisah namun itulah adat berjumpa pasti berpisah juga akhirnya hanya kenang daku dalam doa mu sahaja. Macam-macam dah lalui untuk sampai ke usia begini, bila kenang masa lalu sama-sama dengan kawan bertapa sucinya kami masa zaman sekolah dulu. Tak ada pening kepala nak buat macam-macam benda dalam seharian seperti ini namun inilah kehidupan tak boleh berhenti selagi kita bernyawa.
Itu sahaja untuk ini, jumpa lagi..sayonara...