Hello and Hai..
Sepatutnya 8 Jun 2016 tarikh appointment jumpa doc tapi masa tu baru masuk 3 puasa malas nak pergi maka tunda ke tarikh 15 Jun 2016. Pagi tu hujan lebat, maka lambat sikit gerak gi klinik biar kasi hujan reda sikit. Mak nak hantarkan tapi aku tak nak aku nak pergi sendiri. Pukul 8.30 baru keluar rumah. Hujan semakin lama semakin lebat nasib baik kenderaan tak banyak dan jalan tak sesak sebab budak sekolah dah masuk sekolah.
Dah sampai pergi cari parking, nasib baik banyak kosong. Dah park pergi bayar 2 ringgit dekat abang yang jaga kawasan parking tu. Disebabkan hujan maka berpayunglah pi klinik. Bila sampai je klinik belum bukak lagi. Tapi ada sorang menunggu, aku pergi wash room jup betulkan sikit rambut bagi handsome sikit baru pergi balik klinik. Dah ic bagai aku orang yang kedua.
Bila yang pertama dah keluar turn aku pulak masuk, borak sikit-sikit dengan doc lepas tu doc nak buka dawai belah bawa. Masa nak buka tu bracket aku tak boleh buka, semua tak boleh buka, doc try lagi sampai tercabut terus bracket aku, kalau satu tak pe ni sampai 6 bracket. Biasalah kita makan macam-macam sisa makanan tu kadang-kadang terlekat juga kat bracket walaupun dah berus sebaik mungkin.
Lepas tu doc cuci gigi aku bagi bersih lagi, part tu yang aku tak tahan. Dah siap cuci doc suruh aku tunggu jup kat luar sebabnya doc nak bersihkan 6 bracket aku yang tercabut tu. Dia panggil patient lain masuk, lepas dah sudah aku pulak yang masuk. Masa untuk lekatkan balik bracket kat gigi. Dah siap yang belah bawah, nak tukar dawai belah atas tapi tak boleh sama je masalahnya dengan yang bawah. So doc kata next appointment boleh buka.
Biasanya setiap appointment bayar 100 je tapi semalam kena bayar 200 nasib baik bawak duit lebih. Bila nak balik baru rasa sakit tapi tak adalah sakit mana pun cuma rasa tegang macam mula-mula pakai braces dulu. Dan susah nak makan dah lah puasa masa berbuka makan sikit je susah gila nak kunyah maka masuk mulut terus telan je sebab lapar punya pasal. Hahaha..Itu sahaja.
Sayonara!...