ππππΆππΆπππΆππΆπΎπππ.
Hello and Hai.
Sebelum menaip apa-apa aku nak ucapkan selamat hari kemerdekaan buat Malaysia tanah tumpah negaraku yang tersayang yang ke-62 #MalaysiaBersih. Alhamdulilah semalam kita sambut merdeka dan hari ini kita sambut Maal Hijrah. Maka Malaysia pun bercuti berturut-turut semuanya senang hati. Gituuu.
Seperti tahun-tahun sebelum ini malam kemerdekaan duduk sahaja dirumah tengok tv sahaja tanpa perlu keluar. Siapalah nak keluar dengan kita kan so duk je rumah. Nasib baik area rumah ada sambutan maka dengarlah juga bunyi bunga api.
Dah berhari-hari tak keluar rumah sebab malas nak hadap kesesakan lalu lintas. Biasalah wak duk melaka ni cuti-cuti macam ini nak pergi beli barang pun tak ada mood. Dah lah guardian ada sale sekarang ni, tak boleh jadi esok kena keluar beli barang jup. Hahaha.
Aktiviti hari Ahad ini tadi aku kemas laman depan kiri kanan belakang rumah sampai bersih cuma belum sempat nak siram pokok sebab matahari dah tinggi kulit jadi gelap walaupun dah pakai sunblock dah. Rasa sado lak bila buat kerja banyak-banyak ni. Hahaha.
Back to our topic, semoga tahun baru ini aku akan lebih baik daripada tahun sebelumnya, kena banyak jaga mata tundukan pandangan (hahahaha) dan benda-benda yang baik sahaja berlaku dalam hidup aku serta kalian juga ya. Kita semua manusia yang membuat dosa dan kesalahan namun itu bukan alasan untuk kita tidak mengubah diri kearah yang lebih baik.
Walaupun dimana sahaja anda berada jagalah diri, sayangilah diri anda kerana anda bergitu berharga. Usah ikutkan nafsu yang bergelora didalam diri yang hanya adalah sementara sahaja. Semoga kita semua menjadi manusia yang baik daripada semasa ke semasa. Sampai kita ketemu lagi andai umur panjang dan diberikan kesihatan..
Sayonara!.