Hello and Hai!
Assalamualaikum orang kampung...apa khabar?( cer komen sikit)
Sudah lama kita tidak menjalinkan hubungan disini.
Buat apa tu? Baru balik dari Langkawi atau Cameron?. Hehehe.
Ye faham dah lama tak keluar kan nak pi holiday kan. Termasuklah aku, rindu nak mandi laut je,dapatlah sejam dua lepas tu dah. Nak lepaskan stress orang kata kan. Lagi2 bila dah dewasa banyak benda nak kena buat dah fikir sampai rambut pun stress gugur. Hahaha. Aku pasrah je lah walaupun dah pakai macam-macam toknik tapi dari segi makanan dan kesihatan tubuh badan aku tak sempat nak jaga maka memang ke laut dalam hasilnya kan!.
Rasa rindu pulak dengan pkp pertama, bila semua tak boleh keluar rumah macam2 aktiviti dan segala benda kreatif rakyat Malaysia keluarkan. Sampaikan aku pun terdownload tiktok wei,macam-macam ada dalam tu. Nasib baik tak culture shock gitu...lagi2 tengok yang luar Malaysia banyak yang sedap-sedap kan. Hahaha..makin tahun makin tak best raya kan. Aku paham.hahaha. kita tengoklah tahun depan macam mana.
Bohonglah aku cakap kalau aku tak terkesan disebabkan pandemik ini. Adalah kesannya cuma aku tidak meluah atau sudi berkongsi dengan siapa-siapa pun. Biarlah orang tengok aku macam biasa tiada apa-apa. Aku anggap itu kenangan dan pelajaran untuk aku dimasa hadapan walaupun entahlah macam tu.
Aku doakan kau orang yang baca entry, yang pernah sayang aku, yang pernah chat dengan aku semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja. .kalau ada masa aku tulis lagi.
sayonara..