Sunday, 24 December 2023
Hujung Tahun
Hello & Hai.
Macam biaslah dah lama tak menulis dalam ini. Busy dengan kehidupan. Lah tiber. Sebenaranya banyak perkara nak share cumannya tak ada kesempatan untuk aku menulis dalam ini.
Dalam pada tidak sedar kita sudah sampai ke penghujung tahun, tinggal beberapa hari lagi sahaja nak masuk tahun baru.
Sesungguhnya bila setiap hujung tahun akan membuatkan aku berfikir. Berfikir tentang apa itu?Fyi aku sudah bekerja dan taraf aku adalah kontrak dimana akan diperbaharui setahun demi setahun. Kalau macam tahun lepas aku tidak lah berfikir banyak cumanya untuk tahun ini agak berfikir samaada untuk sambung atau tidak.
Mana tidaknya, tahun ini agak mencabar berbanding tahun sebelum ini. Maka untuk itu banyaklah aku berfikir. Huhuhu. Minta doaian gua ya.
Ketika aku menulis ini hujan sedang lembat diluar rumah membasahi bumi. Esok cuti lagi sebab raya natal. Penat cuti-cuti kemas rumah. Hahahaha. Tapi hati puaslah rumah dah bersih dan rapi.
Sampai kita jumpa lagi dimasa akan datang.
Sayonara!
Friday, 29 September 2023
Aku Stresss
Hello & Hai!
Welcome back to my blog...
Ye, aku tahu dah lama tak menulis. Banyak betul sistem blog dah update ya. Aku lebih suka version yang lama punya rasa senang nak menulis. Version yang terbaru ni macam kurang mesra gitu. Sebenarnya aku memang lama nak menulis tapi mengenangkan laptop daku yang semakin uzur ini susah aku nak menulis (alasan harus ada).
Sebenarnya aku difasa stres! jadinya aku nak hilangkan stres tu aku pun dok pikir nak buat macam mana ya. Tak kan nak makan je memanjang, jangan kau tanya kenapa aku tak pergi gym. zaman dah berlalu nak jaga badan dik. baik gym atas katil je bila malam katil dok memanggil. tak sempat dah nak tengok tb atau layan movie macam dulu-dulu. cepatnya masa berlalu, auch rindu zaman remaja kala.
Macam biasalah akukan suka larik dari topik sepatutnya. Semakin dewasa semakin banyak stresnya. Hahaha. Aku tak ada masalah kalau kerja banyak atau kena buat macam-macam kerja tapiii jangan buat aku ada masalah dengan manusia. Dah lah kerja banyak, nak kena layan peragai manusia lagi. Kalau external punya manusia tiada masalah tapi internal sekali. Itu yang aku rasa eh macam lebih teruk je ni.
Next time aku sambung lagi, nak tidur. esok kerja.
sayonara
Subscribe to:
Posts (Atom)