Heart

Heart

Pages

Click Me

Monday 13 July 2015

Diari Ramadhan (26 Ramadhan) 14/07/2015


Image result for ramadhan

Hello and Hai.

Minggu lepas, 7 Julai 2015 pergi jumpa doktor untuk pemeriksaan bulanan tentang braces. Doktor kata ok dan cuma tukang besi branes dari 0.2 kepada 0.4 sehinggalah 2.0. Lebih kurang setengah jam semuanya selesai tapi rasa sakit pada mulanya lama-lama dah ok dah. Lepas dah bayar semua pergilah shopping untuk beli keperluan raya yang belum beli lagi.

Disebabkan awal pagi maka tiadalah orang. Sangat selesa bila bershopping waktu pagi. Ambil yang berkenan terus pergi fitting room kemudian bayar. Nak pergi tempat lain macam malas terus balik. Malamnya pulak pergi beli baju melayu, tahun ni warna kurang menarik dan tak ada size. Yang ada size besar je, size kecik warna tak berapa menarik sangat. Tapi dapatlah juga apa yang di cari.


 Hari sabtu yang lepas hari terakhir pergi bazaar ramadhan sebab malas nak masak dan tidak jejak kan lagi ke bazaar. Dapat cuci mata sekejap. Sekarang ini, lelaki suka pakai seluar yang betul-betul fit pada kaki sampaikan bila nak berjalan pun agak sukar, dan juga ternampaklah sesuatu yang tidak sepatutnya ternampak di seluar tersebut. 

Aktiviti hari Ahad semalam tukar langsir. Tahun ini tak jahit langsir, ada rezeki lebih tempah. Raya tahun ini baru dua kali langsir tempah biasanya tiap-tiap jahit sendiri oleh my mum. Sakit pinggang buat macam-macam kerja. Biskut raya lebih banyak beli daripada buat sendiri. Beli kat shopping lebih murah daripada tempat lain. Dari awal pagi semalam hujan bila masuk tengah hari baru ada matahari tapi hari ini tak nampak matahari. Cucian hari ini agak banyak di campur sekali dengan pakian yang tak kering semalam. Minggu ini adalah minggu yang sangat busy.

Semasa menunggu hujan reda, sempatlah juga kemas rumah daripada kemas bilik hingga ke ruang tahu. Tukar apa yang patut. Cuma tak sempat nak mop mungkin esok. Cuaca hari ini mendung hingga ke tengah hari. Dapatlah berehat didalam suasana yang sejuk dan selesa sangat. Pada masa yang buat kerja-kerja dapur yang perlu dibuat supaya nanti petang raya tidak kelam kabut sangat.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada awak-awak semua. Hati-hati semasa balik kampung, ingatkan orang yang tersayang menanti anda. Inilah masanya untuk berkumpul dengan keluarga yang tersayang. Bagi yang tiada kampung kita sama, beraya sahaja di rumah sendiri. Hehehe.


Sayonara.

No comments:

Post a Comment