Heart

Heart

Pages

Click Me

Thursday 7 April 2016

Sakit Tak Pakai Braces???



'Sakit tak pakai braces'?.



Keyword paling popular di google bila mana ada perasaan/keinginan untuk pakai braces, salah satu orangnya adalah carl dani. Setiap hari pergi taip benda yang sama google maka keluarlah pelbagai jenis maklumat.

Braces adalah sesuatu yang gam di gigi anda dan membuatkan bibir atas dan bawah sukar untuk tutup rapat dan sopan ketika minggu pertama pakai braces. Selain itu, membuatkan mulut anda seakan kemam makanan padahal tidak sama sekali. Bila bercakap dengan orang, suara anda akan jadi tidak jelas disebabkan mulut anda seakan penuh dengan makanan. Tapi, itu cuma beberapa minggu je. Lepas tu dah ok.

Fungsi braces untuk mencantikan struktur gigi anda supaya nampak tersusun rapi dan kemas ketika anda tersenyum sendirian di hadapan cermin, agar tidak timbul rasa riak untuk tayang gigi dihadapan orang lain. Namun ia bukan mudah, ambil masa bertahun untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika anda seorang yang tidak bersabar, sila jangan pakai braces.

Pakai braces juga membuat bibir anda cepat kering dan air liur susah nak telan, menyebabkan anda rasa mulut anda penuh dengan air liur. Sebelum bercakap, telan air liur dulu pas tu baru boleh bercakap.



Pakai braces tidaklah berapa sakit tapi lebih kepada rasa nyilu dimana gigi kita didalam proses mencari kesesuaian dengan braces untuk pertama kalinya. Kemudian rasa nyilu itu akan beransur sedikit demi sedikit. Rasa nyilu pada gigi membuatkan anda susah untuk makan. Maka proses pemakanan anda kena bertukar, masuk mulut terus telan. Sila pilih makanan yang senang hadam seperti bubur atau biskut cicah air.

Dan yang paling penting sekali, SILA SIMPAN DUIT sebelum pakai braces. Daripada kos cabut gigi (tak semua orang kena cabut gigi), module dan deposit. Biasanya deposit Rm 1,000 aku cuma bayar deposit sahaja sebabnya yang lain termasuk package. Kalau nak murah pergi klinik kerajaan TAPI kena tunggu turn sampai nama anda naik. Apa-apa pun terpulang kepada diri anda sendiri.

Pakai braces tak berapa sakit sangat pun, cuma nyilu dan leceh sikit untuk jaga terutamanya masa gosok gigi. Terutamanya bila makan terlalu banyak dan makanan terselit kat braces. Sila kumur mulut selelas makan dan selelas setengah jam kemudian sila berus gigi anda.  Kepada anda yang ingin pakai braces SILA pergi jumpa dentist terlebih dahulu dan bertanya tentang rawatan baraces sebabnya LAIN KLINIK LAIN CARANYA. Selamat pakai braces.

Mungkin akan ada entry tentang braces terutamannya dari segi harga, patang larang braces, jenis makanan untuk braces dan cara untuk membersihkan braces. Kalau ada masa nanti saya update. Muuuaahhhh sikit..



Sayonara...





10 comments:

  1. Nak pakai braces dari dulu lg tapi modal plak takde..tggu dah keje nanti la gamaknya..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe lah, nanti pakai jugakan....kita pun kena kumpul modal baru dapat pakai. hehehe

      Delete
  2. orang pakai braces nampak extra elok sikit kan...hahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke??..tak perasan pulak, orang pandang pelik adalah...hahaha

      Delete
  3. Tak pernah kiss orang yang pakai braces. Always curious nak tau ! HAHAHAHAH
    Tapi my friend cakap sakit jugak masa awal-awal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah..Rasanya susah kot kalau nak kiss bila pakai braces ni, kena hati-hati....yup masa awal je sakit, lama-lama nanti ok..

      Delete
    2. haha dom skandal aku dulu pakai braces and bila kiss rasa besi...hahaha...macam mulut penuh hahahha

      Delete
    3. hahahahahhahaha....nasib baik tak terluka...tengah bayangkan...hehehe

      Delete
  4. mesti bertambah comel dengan gelaran.. Si Gigi Besi

    ReplyDelete