Heart

Heart

Pages

Click Me

Saturday 2 April 2016

Tips : Cepat sembuh dari sakit dan penyakit.


Hello and Hai,



Hari ni nak sharekan tips yang aku selalu amalkan bila sakit. Lain orang lain caranya. Terpulang pada individu tersebut.


1. Jangan tidur selepas pukul 7 pagi.

Walaupun sakit macam mana pun atau mengantuk macam mana pun, bila jam dah pukul 7 pagi, aku akan bangkit dari katil. Duduk kat ruang tamu, tengok tv ke, layan perasaan ke. Bagi aku kurang elok tido masa matahari nak terbit. Nanti badan akan bertambah sakit-sakit.

2. Paksa diri makan dan jaga permakanan.

Masa sakit selera makan akan hilang tapi aku paksakan diri untuk makan walaupun benda yang aku makan tak rasa apa-apa pun. Aku akan paksa juga dapatlah juga makan sikit daripada tak makan. Dan lagi satu masa sakit silalah makan makanan yang berat seperti nasi untuk memberikan tenaga dan stamina kepada diri. Jangan masa sakit kau nak makan maggielah , fast foodlah, tu lagi menambahkan sakit dan bawak penyakit. Bila dah sihat nanti boleh lah kau makan yang tak berkhasiat tu.

3. Kerap minum air.

Tak kisahlah demam ke sakit perut ke, silalah kerap minum air. Supaya kulit tak kering, senang buang air dan badan akan senang nak berpeluh. Bila dah berpeluh badan akan jadi ringan sebabnya kita dah toksik melalui peluh. Kalau malas nak minum paksa juga diri minum ke nak penampor?. Meh sini.

4. Jangan kerap tidur.

Bila tak sihat mata memang mengantuk, kat mana-mana pun boleh tidur. Tapi aku jenis yang tak suka tidur walaupun mata mengantuk gila lagi-lagi waktu pagi dan tengah hari. Memang aku akan tahan mata dari tido. Sebabnya bila banyak tido muka jadi sembab, nampak tak terurus. Biasa aku akan tido lepas lunch dan bagun sebelum asar.

5. Jangan lupa mandi.

Bagi mengelakkan rasa mengantuk dan membuatkan aku tertido, aku akan mandi sebelum tengah hari. Biasalah kan bila sakit malas nak mandi tapi kena juga paksa diri untuk mandi tak kan tak nak mandi kut satu hari. Sakit sakit juga penampilan sila jaga k. Hahaha.

6. Makan ubat.

Aku pelik betul lah dengan orang yang tak nak makan ubat. Apa masalahnya, dah sakit telan je lah ubat tu. Kalau sakit tak menyusahkan orang tak pe lah. Budak-budak tak pe lah ni dah dewasa pun peragai budak-budak. Bagi penampor kang!. Makan ubat lepas makan, jangan lupa tu k.

7. Exercise.

Sila buat sit up 10 sesi, squat 50 sesi. Hahaha.. Gurau je k. Apa yang selalu aku buat adalah banyakkan berjalan. Contohnya, dari bilik tido pergi ke dapur untuk refill air botol. Bila dah minum banyak, memang akan pulang balik pergi toilet. So tu pun kira exercise juga. Atau pun buat je apa-apa kerja yang ringan atau pun lipat baju ke. Aku sejenis manusia yang susah nak duduk diam, macam-macam kerja yang aku nak buat. Bagi aku bila dah buat apa-apa kerja yang ringan, lagi cepat sembuh.

Jangan lupa rajinkan diri untuk minum air terutamanya mereka yang jenis kulit cepat kering dan mengelupas macam Carl Dani. Hehehehe. Walaupun perut dah kembong minum air. Hahaha. Itu je tips yang dapat dikongsikan. Selamat berhujung minggu. Muuahh sikit..

Sayonara.


12 comments:

  1. No 1 & 7 la paling susah nak buat. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...tak pe faham....mula-mula je susah nanti dah biasa ok je...

      Delete
  2. Kalau sakit hati, ubatnya apa tuan doktor?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari orang lain yang boleh sembuhkan luka di hati..hahahaha..nakal abg kamen ni..

      Delete
  3. rindu nk tgk gambar abam carl dani dlm header sebelum ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita bukan sebaya ke??..hahahaha...thanks

      Delete
    2. oh my rosmah!! mana tahu???

      Delete
    3. hehehe...adalah...'hati-hati'...

      Delete
  4. Replies
    1. hahahahah...biasalah tu,semua sama macam tu..

      Delete