Heart

Heart

Pages

Click Me

Sunday 27 November 2016

Cipta.


Image result for fashion photography

Hello and hai,

Entri kali ini meluahkan perasaan yang melibatkan perasaan diantara minda, fikiran, emosi, jantung, paru-paru, raut wajah dan sewaktu dengannya. Gambar tak ada kena mengena dengan entri.


1. Aku semakin lama semakin kuat makan dan makan apa sahaja yang ada. Walaupun sebelum ni aku tak pernah makan makanan tersebut tapi kini aku makan. Bila dah makan macam-macam maka timbullah jerawat kat muka yang lambat gila nak hilang daripada muka bila selfie nampak parut jerawat. Nasib baik aku jenis yang selalu minum air putih  banyak maka cepatlah berlakunya proses penghadaman. Bila makan macam-macam ni tekak selalu haus, sambil tengok tv habis air 1 litter aku minum. Kalaut nak berdiet bagai.


2. Sejak kebelakangan ini aku susah gila nak tidur malam, boleh berjaga sampai kul 2-3 pagi lepas tu kul 6 dah bangun. Lama-lama boleh dah jadi zombie. Sangat tidak sihat pola kehidupan aku. Macam-macam yang aku dah buat, exercise waktu petang semoga bila dah penat maka akan tidur, haram jadah sama je tak boleh tidur juga. Tiap-tiap malam sebelum gosok gigi aku akan minum susu coklat, walaupun kadang-kadang terlupa nak minum. Biasa kalau minum susu senang nak tidur tapi kali ni sama sahaja tak tidur juga. Trylah dengar lagu kat youtube jenis lagu yang slow-slow, berhasil! tapi bila dah habis lagu tu dimainkan tertiba tercelik balik mata aku. Sekarang ni jam 10.30 p.m aku dah baring atas katil sambil tengok video-video kat youtube tu, bila jam hampir kul 11 p.m terus aku pejamkan mata (selepasbacadoa) walaupun mata aku tak berapa nak mengantuk sangat TAPI aku paksakan tidur. Bila sedar hampir 6 pagi dah. Kalau tak mahu aku jadi zombie tiap-tiap hari tidur 2-3 pagi.


3. Family aku sejenis family yang suka sangat suruh aku makan. Bila aku makan sikit mulalah duk kondem aku macam-macam, ada ke patut samakan aku dengan apa entah nama perkataan tu aku dah lupa plus aku tak pernah gunakan ayat tu. Rezeki dah ada depan matakan aku pun makanlah, bila tengok syok makan sekali abang aku tegur aku.


'Dik, kau makan rupannya ingatkan kau tak makan benda ni'

ataupun

'hey, kau minum air soya dik.'

Dan si adik pun membalas juga sambil pandang kearah dimana suara itu datang.

'kau ingat aku ni alien ke apa tak makan.'

-sambung makan balik.-

Kalau dulu makanan yang bergoreng dan berminyak memang tak adanya aku nak makan punya, setakat pandang je tak bernafsu nak makan bagai. Makanan yang berkacang pun aku elakkan lagi-lagi kuah kacang, pergh sedapnya. Fast food, pizza dan sebagainya memang taklah nak makan bagai sebabnya tak berapa elok untuk kesihatan. Tapi sekarang ni semua aku makan, hahahahha.. tak ada pantang larang cumanya makan tak ada banyak sangat setakat makan sikit je tapi kulit jenis alahan terus timbul jerawat bagai.

Ok, tak ada idea nak tulis apa lagi, nak gi gosok gigi lepas nak bersantai-santai. Esok ada appointment dengan dentist, cuak pulak tertiba ni. 

Sayonara.


12 comments:

  1. Dik (Amir pun nak pnggil En Carl Dik la...huhuhu...;-P)...kalau nak kurangkan makan sebab takut gemuk or berlemak...boleh amalkan Intermittent Fasting macam yang Amir tengah mula amalkan nie...sejak Amir mulakan diet nie...pola tidur Amir pun semakin teratur...kalau tak dulu jadik burung hantu jerk...pastu esok nak kerja mula lah ngantuk bukan main...

    Tengok youtube nie utk Carl lebih faham Intermittent Fasting nie... https://www.youtube.com/watch?v=aqdWCf0aMlw

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai amir, pernah baca kat blog amir pasal diet tu tapi belum cuba lagi..hehehe..thanks amir bagi link video, sedang menonton dan cuba memahami cara diet tersebut...mmmmuuuahhhhh..

      Delete
  2. alololo so cute.. adik manis kuat makan ye...

    ReplyDelete
  3. Hi Carl. Aku mcm pernah baca kalau nak dpt tidur yg berkualiti exercise time petang, and kalau nak tidur awal exercise pagi2. not sure tp boleh try. btw singgah lah my blog yg baru tu ye eh! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Talhan, i dah buat dah exercise pagi dan petang, tapi tilah masih tak dapat tidur lagi...hahahha..perubahan horman agaknya kot..thanks komen dan singgah, nanti i spergi terjah ur blog k..

      Delete
    2. meh shin teman tido.. kita wat exercise sesama.. kot senang tido lepas tu

      Delete
    3. mungkin agaknya...jom shin, kita buat sit up sama-sama..hehehehe.

      Delete
  4. saya pon dh makin berisi wak..sejak start semester smpai nk final exam tak exercise langsung..cuti sem ni nk exercise balik..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, nak buat macam mana selera semakin bertambah..good luck awak untuk exam k..take care, jangan nakal-nakal k...

      Delete
  5. Hidup..muda.. cuma sekali, rugi makan berpantang ni..hehehe. Selagi boleh makan, nikmati semuanya sementara masa masih mengizinkan..dengan syarat berpada2..dah tua esok nak makan itu ini semua tak boleh..pantang lagi..haihh, rugi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha.....kita tak boleh macam tu abang kamen..hehhe..bila pantang masa muda so nanti dah tua tak adalah teruk mana nak pantang kan..

      Delete