Heart

Heart

Pages

Click Me

Wednesday 16 November 2016

Peragai Carl Dani.


Image result for men handsome clean house

Hello and Hai.

Hari ini aku nak sharekan sesuatu yang anda semua tidak tahu tentang salah satu peragai Carl Dani. Ok, tak tahu nak bermula daripada mana so aku pakai taip sahaja lah ya. Hehehe. Aku ada satu sifat, peragai dan seangkatan dengannya. Tak tahu nak terang macm mana. Hahaha. Aku jenis yang tak boleh nampak rumah tidak bersih atau tidak teratur atau tidak bekemas, mesti kena kemas, teratur dan bersih. Itulah sebab aku kemas rumah setiap hari. Plus aku jenis yang tidak boleh duduk diam selagi rumah tak berkemas. Dan aku boleh berkemas pada bila-bila masa termasuk waktu malam.

Aku bukanlah nak cakap yang aku ni perfect sangat atau pembersih sebabnya ada beberapa perkara yang aku tidak kisah sangat. Tapi kalau bab rumah memang aku utamakan daripada segalanya. Sebabnya bagi aku rumah tempat kita nak berehat, beribadah, hilangkan tension tapi kalau rumah kita tak terurus bukanlah namanya rumah ku syurga ku lah jawabnya. 



Image result for men clean house


Disebabkan aku yang selalu ada kat rumah maka aku lebih selesa kemas rumah seorang diri dan buat macam-macam benda daripada pagi sampailah ke tengah hari. Kadang-kadang bila tak kemas macam rasa sesuatu yang tak kena.  Entahlah mungkin aku ni terlebih displin agaknya, bila rumah macam tak teratur ke atau rasa macam tak bersih aku akan terus bersihkan. Kalau kat rumah ada buat majlis, habis je terus kemas semua kembali kepada asal, walaupun kadang-kadang aku sendiri yang buat. Hehehehe. Ye lah kalau tak buat masa tu juga, nanti aku juga kena kemas daripada kena buat benda yang sama banyak kali lebih baik aku buat terus. Kalau disuruh orang lain buat ada pulak aku kisah tapi end of the day aku juga yang disuruh. Daripada disuruh buat baik aku buat terus masa tu juga kan. Time management sangat penting ya awak-awak semua.

Itu belum lagi bab masuk kat dapur. Semua kena teratur dan terletak sebab nanti nak pakai tak tercari-cari barang. Yang penting sekali sinki jangan terlalu banyak barang kat dalam sinki, terus basuh bila dah pakai jangan letak kat situ. Kalau sinki penuh memang bertambah berselerak dapur.

Bila dah ada sifat/peragai macam ni sebenarnya ada masanya akan datang masalah kepada orang lain, terutamanya orang disekeliling anda. Sebabnya kadang-kadang terbagi arahan kepada orang lain untuk buat itu dan ini tanpa disedari. Itulah yang terjadi pada aku. So what?. Aku ada sikit sifat tegas, sikit je dimana kadang-kadang sifat tu terkeluar dengan sendirinya. Mungkin disebabkan dah terbiasa dengan tangungjawab itu yang kadang-kadang macam leader tu. Tapi family aku tak berapa nak suka sangat, dia orang kata aku garang...krik,...

'dik, kau jangan garang sangat dik.'

'tu bukan garang tapi tegas yang amat bertempat.'

Dan aku kadang-kadang suka juga menjawab. Tapi disebabkan peragai tegas aku tu lah semuanya berjalan lancar kerja rumah, balik kerja rumah dah siap kemas siap masak makanan lagi. Kalau dia orang semua keluar untuk tempoh yang lama, bila balik rumah semua dah siap, daripada baju dah basuh berlipat, bilik dah kemas, laman dah kemas. Mana nak jumpa orang macam Carl Dani ni kan, eh tergedik lak kita wak. Sila masuk meminang sekarang.

Sampailah ke satu masalah, mak aku gelarkan ia 'terlalu displin dan pembersih terlalu kronik'. Sentap hati kita wak. Yelah mana tidaknya anak buah aku pun aku tolong displinkan nasib baik anak buah aku jenis yang tak kisah dan dengar cakap walaupun kadang-kadang je. Hahaha. Dengan budak-budak aku tak berapa sangat rapat. Entah sebab anak bongsu kot peragai macam tu agaknya.

Jadinya sekarang aku berubah ke arah yang mana tak kisah sangat kalau tak kemas rumah tiap-tiap hari tapi at least kena sapu setiap hari. Kalau rumah bersepah sikit ke tak teratur ke buku tak terletak betul ke aku boleh pejamkan mata daripada melihat. Daripada fikir untuk berkemas aku alihkan perhatian aku untuk tengok movie online terutamanya cerita baru yang keluar wayang. Best juga tengok movie sebab aku tak pernah tengok movie sebelum ni. Hari tu aku tengok cerita Ouija, biasa-biasa je tak seram pun tak menakutkan pun, kelakar adalah. Hehehehe.


'kadang-kadang kita kena utamakan diri sendiri dulu dan itu bukan self fish namanya'



Jumpa lagi,

Sayonara.


12 comments:

  1. Hi encik Carl...
    mamat pon ada 'peragai' OCD ni..I think, gay kebanyakkannya cmtu kot... sbb tu kalau mamat blk kampung, my mom akan make sure rumah mmg 'tiptop'..kalau x, seorang mamat akan memulakan ceramah panjangnya..'hakak2' sgt kan?..tp xtaola dari mana dtgnya peragai tu..my mom xla ocd sgt, cthnya, die sapu rumah tiap2 hari...tp die sapu cmtu je la..kalau mamat sapu, mamat akan angkat segala kerusi meja and pastikan setiap inchi rumah disapu dan dimop...yes...sapu je xcukup bg seorang mamat...kene mop jugak...pastu basuh pinggan pon ocd gak...pas dah basuh pinggan, mamat akan bau pinggan tu wangi or x..and pastu akan bilas dgn air panas ' konon2 bg ilang kuman...sgt....
    tp OCD ni bkn buat2..die automatic...
    lagi satu bab 'toilet'...kalau blk kg, mmg mamat xguna toilet kalau nk buat 'bisnes'..mamat akan pergi petrol station n buat 'bisnes' kat situ...ni bkn kekwat..tp mmg xbolehla...geli...< cam adik2 la plak kan..haha...
    banyak plak mamat berceloteh... c ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai en mamat, awak lagi pembersih daripada saya wow!..sebenarnya peragai ni ada secara semulajadi tak tahu daripada manalah datang..mesti awak mesti dan bersinar, teringin nak pergi rumah awak..hehehe

      Delete
    2. mungkin lepas tgk Desperate housewife mamat fefeeling cm bree van de kamp kot....haha..boleh sgt nk dtg umah tu..pm..hahaha..matilanak mamat kena carut...

      Delete
    3. lama tak tengok cerita tu, rindunya zaman sekolah....hahahaha...tak pe lah wak yang penting awak selesa dengan diri awak sendiri, kira oklah tu..

      Delete
    4. ye la wak...mamat fefeeling pon diri sendiri kan..biarla kan..hihi..watak ape yg awak suke dlm DH?..mine op coz la Gabrielle..hakak2 sgt kan..

      Delete
    5. kita dah lupa dah wak..kena tengok balik...heheheh

      Delete
  2. Aktiviti Amir kalau time cuti and ujung minggu adalah membersihkan umah...tukau langsir...mop satu umah...and Amir pun suker membersih tau...huhuhu...

    And paling Amir tak tahan adalah bilik air / tandas yang kotor giler...sebab tu Amir nie kalau pi tanda awam akan memilih skit....hihihi...

    Whaterverpun En Carl...pembersih tu adalah satu sikap yang baik kan....yang tak baiknyer adalah kita buat sesuatu kerja tu dengan marah dan membentak-bentak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tersangatlah rajin amir ni, untunglah siapa dapat nanti..betul tu amir, sokong sangat-sangat..

      Delete
  3. Ni dinamakan OCD..ditambah dengan sikap perfectionist..hehehe..Well, tak salah pun jadi pembersih. Aku sendiri agak cerewet bila melibatkan soal kebersihan dan kekemasan..mungkin sebab dah kena didik dari kecik kut...Tapi tak se-extreme Carl Dani..siap marah orang sesuka hati...hahahaha

    Ni kalau dapat partner jenis pengotor mesti selalu kena bebel, tak pasal2 hypertension pulak...ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahha...mana ada nak marah sesuka hati, cuma tegas sahaja tu je...kita dah cakap partner kita suruh carikan bibik..senang.hhahahaha.

      Delete
  4. saya kalau bersepah saya tak kesah sebab seorang aries memang sangat pemalas untuk mengemas. kalau aries mengemas tu ajaib and there must be something wrong..haha..tapi kalau kotor saya tak boleh terima

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok awak, kita faham awak...hehehe..tu lah kalau bersepah masih boleh diterima lagi tapi kalau kotor tu tak ada maaf namanya..hehehe

      Delete