Heart

Heart

Pages

Click Me

Friday 2 December 2016

B to the R to the A to the C to the E to the S = BRACES


Image result for men BRACES

Hello and Hai,


Hari Isnin yang lalu, 28/11/2016 aku ada appointment braces. Lepas breakfast semua aku siap-siap hampir jam 9 pagi baru aku bergerak. Dan nasib baik jalan tak sesak, pergh aman je aku rasa saat itu bagus juga budak cuti sekolah. Dah bayar parking rm 2 aku parklah kat tempat yang dekat bangunan klinik tak yah lah jalan banyak sangat. Aku tengok jam dah kul 9.06 pagi, aku pun jalanlah laju sikit dengan harapan dapatlah masuk awal nanti.

Bila aku sampai je sekali tengok pergh ramainya orang!, sesak jugalah dalam klinik. Biasanya kalau aku sampai time macam tu klinik baru je nak buka, tapi kali ini klinik buka awal agaknya. Aku malas nak duduk dalam, aku duk lah kat luar. Nasib baik sebelum aku pergi tu aku charge fon sampai penuh, aku bawa dua jenis buku, satu melayu satu english, aku bawak juga botol air untuk basahkan tekak nanti.





Lamalah juga aku nak menunggu sampaikan naik kebas kaki aku, aku pergi toilet, berjalan-jalan kat koridor tu. Baca buku sampaikan hampir habis tapi bagus jugalah sebabnya beli tahun lepas masih belum habis baca lagikan maka ada masa aku habiskan. Aku tengok jam hampir ke kul 10 pagi orang masih ramai lagi, macam tak bergerak je, nak tanya giliran aku lama ke tidak malas pulak aku nak gi tanya sebabnya tak rushing hari tu. Kalau lambat lagi aku gi window shopping dulu cuci mata tapi malas nak lak nak keluar.

Lebih kurang kul 11 pagi macam tu, giliran aku lak. Yeah! akhirnya sampai juga. Masuk dalam doc tengok gigi semua, so doc tukarkan dawai braces belah bawah tapi guna dawai yang nipis tak silap 0.25. Yang belah atas doc tak kacau mungkin sebab dah elok kot, elok ke?? Hahahaha. Bila tengok antara dawai atas dengan bawah, berbezanya sebab yang atas punya keras dan tebal bawah punya nipis. Hahahaha. Bayar semua sebelum balik rumah sempatlah juga aku pergi shopping kat bangunan sebelah klinik tu, Saja je cuci mata, ingat nak beli cd tapi tak buka pulak kedai. Dah puas merayau maka baliklah rumah, biasalah dekat town bila tengah hari kan sesak, nasib baik aku balik awal.

Bila lepas buat treatment agak payah sikit nak makan, sebab mulut rasa lain macam sikit. Hahahahaha. Tapi lama-lama back to normal. Makan nasi pun main telan sahaja tak kunyah banyak sangat, rasa ketat kat gigi.

Tadi tengah hari kan aku makanlah popcron yang dapat masa orang kahwin family aku pergi last week, tengah syok-syok makan sekali dengar bunyi 'krik' dalam mulut aku. Maka tahulah aku yang dawai aku dah bergerak, dawai belah bawahlak tu. Terdiam sekejap, terus tak makan lagi. Bila gosok gigi dawai tu bergerak-gerak, nasib baik belah kanan je yang gerak yang lain masih maintain je. Aku pun terlupa yang dawai aku ni jenis lembut sesuka hati aku makan benda keras. Sekarang ambik kau! dah bergerak dah dawai tu. Kalau sempat esok nak pergi klinik balik, kalau tak minggu seterusnya sebab doc gi umrah next week..hehehehe..

Itu sahaja je lah nak share..sekarang musim hujan baju tak kering lagi. Tempat korang hujan ke tidak?.

Sayonara.

12 comments:

  1. nak pakai braces tapi modal takde..haishhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe lah, kumpul duit dulu k..awak dah elok dah wak kalau tak pakai braces pun tak pe wak..hehehehe

      Delete
    2. dak aries..ko xyah pakai braces la..ko kene pakai slimming produk dulu...HAHHAA..tetibe rasa cm ckp kat diri sendiri plak..erk...

      Delete
    3. kita pun kena ambil slimming product juga sebab dah gemuk..hehehehe

      Delete
  2. Kalau pakai yang invisalign tu takde dawai2 kan.
    Kenapa x pakai yang itu .. ke mahal sangat kat Malaysia ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu tak ada dawai, cuma sarung je tapi harga dia kat Malaysia mahal abang nu'man, tak mampu nak pakai..hehehehe.

      Delete
  3. anyway...kebetulan plak harini one of my staff mtk nk MC...alasan..braces tercabut...bersesuaian plak topic arini...

    ReplyDelete
  4. bestnye gigi elok je tersusun nanti kan bila dah buka braces. ok set nak pakai juga haha

    hi carl, I'm fath

    ReplyDelete
  5. entah wak tak tahu rupanya macam mana bila dah buka nanti..hahahah..hai fath saya carl, salam perkenalan.

    ReplyDelete