Hello & Hai,
Welcome back to my blog yang sudah mula bersarang.
Aku terpanggil untuk menulis entry kali ini dimana petang tadi aku terima email daripada Gibb!. Ala si blogger yang terkenal tu. Maka terhasilnya entry ini seakan kembali semula ke zaman kegemilangan blog-blog PLU di bumi Malaysia.
Untuk itu, tajuk diatas tak ada kena mengena pun dengan kisah cinta aku atau kisah cinta jiran aku.
Aku actually rindu dengan rakan-rakan blogger yang lain. Aku faham masing-masing sibuk dengan hal mereka, tadi masa aku log in semula akaun ni nampak entry Mr Dominic yang ditulis pada 2 feb yang lepas. Apa lagi aku pun meninggalkan jejak di entry beliau.
Jika diimbau semula kenangan 6 dan 7 tahun yang lepas sewaktu zaman kegemilangan blogger-blogger di Malaysia pada mulanya macam ragu-ragu nak buat blog ye lah sebabnya kitanya nak buat blog yang bertentangan dengan blog orang lain. Kita pun cuba buat email addres dan alamat blog yang ketika itu hanya pakai hentam sahaja. Maka terhasilnya nama blog ini, jangan ditanya kenapa nama blog ni macam ni sebab aku pakai hentam sahaja.
Dengan mengunakan laptop asus abang aku maka terlahirlah blog ini. Satu persatu postingan aku terbitkan walaupun isi kandungannya entah apa-apa sahaja. Pada ketika itulah aku mula follow blog blogger-blogger yang lain. Kami akan komen di masing-masing punya postingan dari situlah terwujudnya satu jalinan persahabatan di alam maya.
Semakin hari semakin banyak blogger plu di Malaysia mula muncul dan dari situ barulah tahu bahawa aku tidaklah keseorangan didalam melayari kehidupan seperti ini. Sebagai blogger kami menghormati satu sama lain kerana masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk membuat postingan. Bila dah ramai blogger plu semakin rancak dunia blog ketika itu. Boleh dikatakan setiap hari log in akaun untuk membuat postingan dan membaca blog mereka.
Dari situlah kami mempunyai pembaca setia disetiap postingan kami (nasib baik ada yang baca) haha. Disebabkan keasyikan memblog orang kata sampaikan aku tercrush dengan 2 orang blogger yang popular ketika itu, dimana mereka antara blogger yang ramai peminat. Blog mereka sangat "meletop" ketika itu. Kelakar wei bila fikir balik peragai remaja ketika tu, sekarang ni dah jadi remaja purba dah.
Maka terhasillah nukilan cerpen pendek aku tentang mereka tapi dalam bahasa yang berkias. Lepas tu ada yang dm tanya siapakah blogger itu. Mana boleh bagitahu kitanya segan!. Hahaha.
Sebahagian daripada memori tidak dapat dilupakan. Hehehe.
Okaylah see youu soon.
Sayonara!
No comments:
Post a Comment