Hello & Hai.
Sudah pun masuk penghujung tahun 2024, bergitu cepat masuk berlalu tanpa kita untuk sedari.
Tahun 2024 ini banyak juga liku-liku kehidupan yang aku tempohi dan ada masanya membuatkan aku tidak dapat menahan akan perasan amarah itu.
Namun tahun ini jugalah banyak kejayaan yang aku dapat mungkin bagi orang lain itu sedikit tapi bagi aku itu sangat bermakna. Sangat bersyukur dan terharu tidak sangka dapat apa yang aku mahukan.
Dan macam biasalah kalau dah hujung tahun ni perasaan akan lebih macam bila melibatkan tentang kerja. Yang akan membuatkan aku untuk berfikir samaada untuk aku stay di tempat yang sama atau pun berhentikan langkah aku sampai sini sahaja
Entahlah aku hanya berdoa yang baik-baik sahaja agar semua perkara dipermudahkan.
Btw aku dah mula cuti dari Jumaat hari tu sampailah hujung bulan ni untuk tenangkan diri sendiri daripada bergola banyak berfikir. Harapnya semuanya dipermudahkan.
Sampai jumpa lagi dilain hari.
Sayonara..
No comments:
Post a Comment