Heart

Heart

Pages

Click Me

Thursday, 30 April 2015

Diari Plu 30/04/2015


Dear Diary,

Hari ini hari khamis bersamaan dengan 30/04/15 hari terakhir didalam bulan April. Esok dah masuk 1 Mei dan cuti sempena hari pekerja. Cuaca hari ini sekejap panas dan mendung, belum menunjukan lagi tanda-tanda nak hujan. Aktiviti hari ini sama sahaja dengan aktiviti hari-hari yang lain. Cuma yang bezanya aku kena jaga anak buah aku disamping buat kerja rumah.

Serasa aku dah lama anak buah aku tak datang waktu pagi kat rumah aku. Kalau ada pun tahun lepas cuma beberapa minggu sahaja lepas tu tak datang lagi. Sebabnya sebelum papa dia pergi kerja akan singgah dekat rumah aku sebelum pergi kerja sama-sama dengan abg ngah. Cuma beberapa je anak buah aku duduk kat rumah aku lepas tu mama dia akan datang ambil. Biasalah budak-budak kan. Umur dia dah 3 tahun. Budak sekarang sangat-sangat aktif dan lasak. Bila dia ada maka berubah sikit aktiviti aku hari ini.

Lepas breakfast terus aku rendam baju kemudian dia datang kat aku nak mandi, mungkin dah biasa mandi pagi kot sebelum pukul 8 dah siap mandi semuanya. Dari awal pagi dia datang maka akan kedengaran suara karton di saluran ceria pagi-pagi buta sampaikan aku dah naik bosan siap boleh hafal semuanya. Dah mandikan dia semua bagi dia makan biskut, benda-benda yang dia suka sambil tengok tv sementara aku pulak sibuk menyapu, kemas bilik. Nasib baik walaupun baru 3 tahun dah pandai makan sendiri. Adatlah kalau ada terabur sikit kan. Bila dia nak apa-apa mesti dia akan cari muka aku samaada nak basuh tangan, minum air ke apa ke nak tukar siaran ke dia akan tarik tangan aku. Apa yang dia cakap aku tak paham semuanya.

Dah beres hal si kecik aku terus masuk bilik air basuh baju dan dia syok dan leka tengok tb sambil baling-baling kusyen kerusi. Aku biarkan je malas nak kemas nanti dia buat lagi. Dah siap basuh, spin semua terus sidai kat ampaian sambil tu dia pun turut main kat luar entah apa benda yang dia cakap entah aku tak paham. Nasib baik main sendiri tak ajak aku main sekali kalau tak mahu tak siap kerja aku.

Nasib baik dia bukan jenis budak yang kena minum pakai botol susu kalau tak lagilah susah kalau terlupa bawak botol susu. Dan dia tak kisah air apa yang aku bagi semuanya dia minum. Bila dia dah boring atau teringat kat mama dia, dia akan panggil 'mama mama' maksudnya dia nak balik rumah dia. Jadinya aku telefon mama dia untuk ambik dia dalam pukul 10 lebih. Bila dia dah balik barulah aku buat kerja-kerja aku yang patut disiapkan termasuklah update blog. Hehehe. Oh ya nak ucapkan selamat bercuti kepada sesiapa yang cuti esok.

Sayonara...


Thursday, 23 April 2015

Diari Plu 22/04/2015


Dear Diary,

Hello and Hai, dah lama rasanya aku tidak membuat diari seperti ini lagi seperti sebelum-sebelum inikan. Untuk bulan March memang tak ada langsung pun. Jadinya kini ia kembali lagi. Ok, aktitivi hari ini sangat-sangat banyak. Awal pagi dah ambil sarapan, lepas dah sarapan terus rendam baju sebelum basuh. Sambil tu ambil peyapu, sapu dalam bilik, ruang tamu, dapur dan sebagainya. Dah sudah kemas pingan mangkuk dalam sinki. Dah sudah terus ke bilik air untuk basuh baju, dah siap dua kali bilas terus masuk mesin pengering, kemudia jemur di ampaian terus supaya cepat kering jemur pagi-pagi ni.

Bila kerja dalam rumah dah siap semuanya terus pergi kat luar rumah untuk berkemas. Aktiviti hari ini adalah kemas pokok-pokok bunga dan pokok lain yang kat luar rumah dah semakin menjalar dan bercabang setelah puas berbunga. Dah cantas, gembur tanah dan letak baja supaya cepat besar dan berbunga. Pokok-pokok yang lain cuma trim sahaja supaya tidak terlalu besar sangat. Dan aku ubah corak permotongannya supaya berbeza dengan selalu yang aku buat. Bila dah potong corak lain nampaklah kelainanya, aku potong ikut cara bonsai. Dah selesai semuanya barulah sapu daun-daun kering yang berlambak di hadapan rumah yang di mana kalau sapu tiap-tiap hari pun masih ada di hadapan rumah.

Hampir tengah hari tengok baju di ampaian kalau ada yang dah kering terus angkat masuk rumah. Kemudian pergi ke dapur untuk sesi memasak. Goreng ayam kemudian masak sambal. Hari ini masak satu lauk saja tak larat nak masak banyak-banyak. Sambil masa tu sempatlah juga mengemop rumah yang dah lama tak mop. Selesai masak selesai juga sesi mengmop lantai kemudia kemas dapur sekejap.

Dah siap semua benda barulah mandi, makan, tengok youtube dan sebagainya. Masa nak update blog hujan turun dengan selebat-lebatnya. Lama dah tak hujan macam ni. Adalah dalam setengah jam. Sekarang ni cuma mendung sahaja. Mungkin akan hujan lagi agaknya. Lepas update blog nak teruskan membaca novel 'Jangan baca novel ini' part 3 adalah part yang last sekali. Jadi maknanya aku dah ada 3 buah novel. Hari ini masuk hari kedua aku baca sikit lagi nak habis.Tak sabar nak habiskan nak tahu kesudahan ceriternya. Ini sahaja untuk hari ini, ada masa kita bersua lagi.


Sayonara...




Tuesday, 21 April 2015

Masa

Hello and hai.



Image result for jam waktu



Sebagai manusia kita memerlukan masa.
Masa untuk berfikir, berehat, menerima kenyataan, memperbaiki diri dan lain-lain. Kadang-kadang 24 jam yang ada pun belum tentu mencukupi. Sesungguhnya masa itu amat bermakna dan berharga. Terlalu rugi buat mereka yang tidak menghargai masa. Masa tidak akan datang kembali yang ada hanyalah masa lalu yang kita kenang.


Memerlukan masa untuk menerima kenyataan yang tidak semua kita boleh memiliki. Ada masa kita harus menerima dan ada masa untuk kita memberi kepada yang lain. Walaupun pada mulanya agak sukar tapi akan dapat kita menerimamya lantas waktu yang sentiasa bergerak sedikit pun tidak berundur.


Mempunyai masa untuk diri sendiri dan orang lain. Masa untuk bersendiri sambil merenung didalam diri sendiri akan keburukan dan kekurangan yang ada pada diri kita di mana akan memperbaikinya untuk menjadi yang lebih baik pada masa akan datang. Menerima hakikat itulah diri kita, samaada cantik, hodoh, pandai, bodoh. Masa untuk orang lain terutamanya yang menghargai diri kita yang sentiasa ada samaada suka atau duka keadaan kita. Jatuh bangun kita didepanya dan mereka sentiasa setia.


Masa untuk Sang Pencipta. Bercerita dan mengadu padaNya tulus hati yang terdalam. DIA yang sentiasa setia dan ada untuk kita yang kadang-kadang kita terlupa. DIA lah pendengar yang paling setia tanpa menilai diri seorang hambaNya. Hati ini sentiasa rindu nak bermanja dengan NYA.

Masa untuk lakukan apa yang kita suka. Benda yang dapat membuatkan kita gembira dan menghayatinya. Benda yang membuatkan kita rasa positife. Dapat memberikan mood yang baik pada diri kita dan sekeliling kita.


Masa yang mengajar kita tentang erti kesabaran, ketabahan, kejayaan, kegembiraan di mana apabila masanya sudah tiba maka semua itu akan muncul, tidak ubah seperti awan mendung yang pergi maka munculnya matahari yang memancarkan cahaya dengan terangnya.

Sayonara.


Friday, 17 April 2015

keliru



Kadang-kadang aku rasa keliru
terhadap diri sendiri dan perasaan
adakah ini yang aku inginkan?
mungkin ini antara yang terbaik buat ku?.

Ada timbulnya pelbagai rasa
rindu, sayang, cemburu,takut
adakah aku akan bahagia?
betul ke dia yang terbaik untukku?

betul atau tidak apa yang aku lakukan?
mampukah kami bahagia?
boleh ke dia terima kelemahan dan kekurangan ku?
pantaskah aku untuk dia?

Betul ke apa yang aku rasa?
aku sudah bersedia belum untuk semua ini?
atau mungkin aku belum matang lagi?
untuk ke peringkat seterusnya.

patut atau tidak aku terima
kalau satu saat nanti 
dia mengatakan ungkapan itu
adakah ya atau tidak jawapan aku?.

adakah dia serius untuk aku?
adakah dia akan setia pada ku?
betulkah hanya aku di hatinya?
atau nanti dia memilih yang lain bukan aku?.

bolehkah aku hilangkan perasaan itu?
andai dia memilih yang lain
mampukah aku untuk melihat mereka bahagia?
adakah aku akan hilangkan diri dari semua ini?

harus aku sedar diri
jangan terlalu mengharap pada sesuatu
yang kita belum tahu apa yang akan terjadi
selalu aku pesan pada diri
biarkan ia datang dengan sendiri
kelak ketika pergi tidak akan
merasa kesakitan yang di tanggung

Kerana hati dan perasaan 
seakan sudah beku dan terkunci
ingatan seakan sudah mati
apabila mentari esok datang menyinar.

10/03/2015.