Heart

Heart

Pages

Click Me

Thursday 23 April 2015

Diari Plu 22/04/2015


Dear Diary,

Hello and Hai, dah lama rasanya aku tidak membuat diari seperti ini lagi seperti sebelum-sebelum inikan. Untuk bulan March memang tak ada langsung pun. Jadinya kini ia kembali lagi. Ok, aktitivi hari ini sangat-sangat banyak. Awal pagi dah ambil sarapan, lepas dah sarapan terus rendam baju sebelum basuh. Sambil tu ambil peyapu, sapu dalam bilik, ruang tamu, dapur dan sebagainya. Dah sudah kemas pingan mangkuk dalam sinki. Dah sudah terus ke bilik air untuk basuh baju, dah siap dua kali bilas terus masuk mesin pengering, kemudia jemur di ampaian terus supaya cepat kering jemur pagi-pagi ni.

Bila kerja dalam rumah dah siap semuanya terus pergi kat luar rumah untuk berkemas. Aktiviti hari ini adalah kemas pokok-pokok bunga dan pokok lain yang kat luar rumah dah semakin menjalar dan bercabang setelah puas berbunga. Dah cantas, gembur tanah dan letak baja supaya cepat besar dan berbunga. Pokok-pokok yang lain cuma trim sahaja supaya tidak terlalu besar sangat. Dan aku ubah corak permotongannya supaya berbeza dengan selalu yang aku buat. Bila dah potong corak lain nampaklah kelainanya, aku potong ikut cara bonsai. Dah selesai semuanya barulah sapu daun-daun kering yang berlambak di hadapan rumah yang di mana kalau sapu tiap-tiap hari pun masih ada di hadapan rumah.

Hampir tengah hari tengok baju di ampaian kalau ada yang dah kering terus angkat masuk rumah. Kemudian pergi ke dapur untuk sesi memasak. Goreng ayam kemudian masak sambal. Hari ini masak satu lauk saja tak larat nak masak banyak-banyak. Sambil masa tu sempatlah juga mengemop rumah yang dah lama tak mop. Selesai masak selesai juga sesi mengmop lantai kemudia kemas dapur sekejap.

Dah siap semua benda barulah mandi, makan, tengok youtube dan sebagainya. Masa nak update blog hujan turun dengan selebat-lebatnya. Lama dah tak hujan macam ni. Adalah dalam setengah jam. Sekarang ni cuma mendung sahaja. Mungkin akan hujan lagi agaknya. Lepas update blog nak teruskan membaca novel 'Jangan baca novel ini' part 3 adalah part yang last sekali. Jadi maknanya aku dah ada 3 buah novel. Hari ini masuk hari kedua aku baca sikit lagi nak habis.Tak sabar nak habiskan nak tahu kesudahan ceriternya. Ini sahaja untuk hari ini, ada masa kita bersua lagi.


Sayonara...




5 comments:

  1. air pasang pagi, surut pukul lima, nenek bangun pagi siram pokok bunga..
    pokok bunga melur tanam tepi batas, itik bertelur ayam menetas..
    cik baba jatuh dalam pearit.. cik aminah ketawa jerit jerit.
    Miahahahaha
    Ceria ceria selalu! tanak monyok monyok nanti ta seksi dah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tak nyayi lagu tu dah bertahun rasanya. Kita ok jelah wak mana ada monyok-monyok ni. hehehe. terima kasih sudi komen.

      Delete
  2. Ayam bulu rintik nyorok balik reban
    adik kata sakit abang kata kena tahan

    Tdia, pnuh diary aih, rajen btul teruna nih, untungler sapa dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Abg ni nakal lah. Mana ada rajin, biasa-biasa je. Sapalah nak kan kita ni. hehehe.

      Delete
  3. Ayam bulu rintik nyorok balik reban
    adik kata sakit abang kata kena tahan

    Tdia, pnuh diary aih, rajen btul teruna nih, untungler sapa dapat

    ReplyDelete