Heart

Heart

Pages

Click Me

Sunday 10 May 2015

Short memory


Hello and Hai.

Hari ini aku nak share something kepada anda semua. Sebenarnya aku ada mengalami sedikit masalah didalam mengingati sesuatu untuk jangka masa panjang. Tengah pikir macam mana nak terangkan supaya kau orang yang membacanya mudah untuk paham. Serasa aku daripada aku sekolah rendah lagi kot aku ada masalah ini cumanya ia tidak terlalu menganggu aktiviti aku yang lain jadi aku tidak ambil serius dan menganggapnya sebagai masalah.

Daripada dulu sampailah sekarang aku memang agak sukar untuk mengingati nama-nama orang yang pernah aku jumpa termasuk nama kawan-kawan sekolah. Aku cuma ingat sekejap sahaja pada hari yang sama. Kalau ingat pun nama panggilan sahaja. Akan jadi susah bila kita nak minta tolong orang tapi nama orang tu kita tak ingat. Lagi susah nak ingat kalau ada orang namanya banyak sangat sampaikan aku pun tak tahu nak panggil apa.

Bukan setakat nama orang sahaja tapi benda-benda yang lepas pun jika di tanya aku akan berfikir sekejap untuk mengingati benda tersebut selalunya memang aku tidak ingat pun benda tu. Berbanding dengan ahli keluarga aku yang lain sebut je apa benda nak tahu maka akan terkeluarlah segala maklumat siap dengan masa dan tarikh sekali. Dan amat bagus untuk mengingati sejarah sure lulus gred ataslah jawabnya.

Semakin bertambah usia makin bertambah susah corak pembelajarannya. Disebabkan aku dah tahu aku macam ni maka nota-nota belajar aku akan dipenuhi dengan tulisan tangan di kanan atau pun di kiri nota itu. Semestinya kena tulis cantik-cantik sebabnya nanti bila nak exam tidaklah mengelupuh cari nota sana sini, bila tulisan tak cantik maka aku pun terkadang tidak paham apa yang aku tulis tu yang aku tulis cantik-cantik(belajar daripada pengalaman lalu). Memang berubah muka aku bila time exam, pernah sekali dalam sehari ada 3 paper. Pergh!. Lepas makan terus masuk library dan masing-masing buat hal sendiri. Aku jenis bila menghafal atau ingat sesuatu mesti aku akan cakap benda2 tu dari mulut tak boleh baca dalam hati je. Tak kiralah apa juga subject memang macam tu. Cakap sorang-sorang depan cermin supaya tak lupa nanti.

Kalau pergi ke sesuatu tempat yang amat-amat jarang sekali pergi, contohnya shopping aku akan ambil gambar number lot parking yang ada kat tembok tu so nanti nak balik tak ada tercari-cari umpama orang hilang anak. Tapi itu dulu lah sekarang tak ada ambik gambar lagi ok. Hanis Zalikha pun macam tu juga dulu. Hahaha.

Kadang-kadang tu bila dah terlalu busy terlupa nak makan atau pun lepas makan terlupa nak minum air, sebabnya setengah jam lepas makan baru minum air kan tapi kadang-kadang tu terlupa terus minum. Tentang terlupa makan itu selalu terjadi bila perut rasa dah pedih je baru pergi cari makanan dah lah ada gastrik boleh lupa nak makan.

Itu sebabnya aku suka makan kismis. Daripada zaman sekolah sampailah sekarang memang ada stok kat rumah. Tak semestinya kau makan kismis kau nak jadi pandai ke apa ke tapi makan kismis tu sangat bagus untuk sistem dalaman kita. Mencegah daripada mengantuk di awal pagi, kuatkan daya ingatan dan sebagainya.

Selamat berhujung minggu semuanya. Sayonara.





5 comments:

  1. Nak kirim kismis minda ...tolong pos ke umah Ahemad Maselan yer ..kehkehkeh.

    ReplyDelete
  2. Sama laa...aku kalau study apa2 pun mesti cakap kuat2 baru boleh ingat..ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. give me 5 abg kamen!...hehehehe. Ingat kita sorang je macam tu.

      Delete