Heart

Heart

Pages

Click Me

Wednesday 20 May 2015

Tarantula


Hello and hai.

Hari ini aku nak sharekan tentang satu lagi novel yang dah habis aku baca, tak silap minggu lepas. Novel ini dikategorikan novel seram terbitan oleh buku prima. Bagi aku tak adalah berapa seram sangat. Macam biasa-biasa je. Tapi kalau nak baca suka-suka pun kira ok lah juga.




Sumber: Google.

Sinopsis :

Kampung Nilam Setia yang dulu aman damai, kini telah bertukar menjadi padang jarak padang terkukur. Mayat bergelimpingan. Binatang ternakan habis mati. Bau darah hamis mengalir di sana sini. Tidak seorang pun yang berani keluar untuk menyelamatkan mereka. Dibiarkan mayat itu di baham oleh serangga yang tidak diketahui dari mana asal usulnya. Setiap kali waktu malam menjelma, penduduk-penduduk kampung Nilam Setia akan dihantui perasaan takut. Bahaya berada di mana-mana kalau tersilap langkah. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa. Semuanya bermula dari Hutan Nilam Setia hingga merebak ke kampung kediaman. Keadaan ini amat merungsingkan Pak Aki ketua Kampung Nilam Setia. Sudah banyak kejadian buruk berlaku. Baru-baru ini, empat orang pemuda telah membuat banyak penyelidikan tentang tumbuh-tumbuhan pelik di hutan Nilam Setia dan sehingga hari ini tidak keluar-keluar. Mak Jenab, bidan kampung Nilam Setia turut menjadi mangsa. Binatang-binatang ternakan Pak Salleh juga. Malah, Halimah isteri Sidek turut terkorban di subuh hari. Serangga apakah yang menyerang sebenarnya?. Hingga tidak meninggalkan kesan. Habis dibahamnya hingga ke tulang. Hmmm... apa ya? Adakah disebabkan sumpahan? Ataupun ada benda lain yang kita tidak tahu? Semuanya terjawab dalam novel ini.

Aku bagi 4 bintang untuk ceriter ini kerana jalan ceriternya tersusun dan apabila nak masuk ke ceriter lain tidak bercampur dengan benda lain. Nak dikatan seram tidak juga, biasa-biasa je. Lebih banyak elemen sedih dan air mata disebabkan oleh kehilangan orang yang tersayang.  Tentang misteri binatang yang seperti kunang-kunang tetapi berwarna hijau dan mengeluarkan bunyi yang sangat pelik. Rasa sedih lah juga bila orang yang tidak berdosa mati disebabkan binatang tu walaupun dia kecik tapi mampu membunuh manusia dan juga binatang yang lain. Selain itu, semangat bekerja secara berpasukan dan saling mengambil berat sesama rakan walaupun perhubungan mereka agak dingin.

Di samping itu, apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang baru haruslah sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling supaya sesuatu yang tidak baik tidak terjadi kepada kita. Dan juga dengar nasihat daripada orang sekeliling kita terutamanya mereka yang berusia daripada kita. Ceriter ni tak ada munculnya hantu ke apa benda yang sama denganya cuma ada binatang pelik yang satu masa dahulu pernah datang ke kampung itu dan kemudian hilang tanpa jejak. Selepas sekian lama binatang itu kembali lagi dan menyerang lagi. Setelah di siasat binatang pelik itu datangnya daripada gua yang ada di dalam hutan di kampung itu.

Bagi mengatasi masalah itu dan sejarah tidak berulang lagi, maka gua itu di bom dan tiada lagi gua di dalam hutan. Habislah ceriternya. Dan juga kisah percintaan yang kematiaan kekasih dan juga tunang akhirnya bertemu cinta dengan orang baru.

Itu sahaja review aku untuk kali ini. Tak silap harga buku Rm 19.90. Kalau tak silaplah. Sila pergi ke kedai buku berhampiran anda.

Sayonara....




4 comments:

  1. Kiranya kena attack dengan spider la ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam novel tu kata binatang tersebut seperti kunang-kunang tapi berwarna hijau. Macam tu lah.

      Delete
  2. Oh..Amir confuse...ingatkan labah--labah yang attack...rupernyer serangga macam kunag-kunag yg attack...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama wak. Bila baca rupannya kunang-kunang.

      Delete