Pages

Click Me

Wednesday, 13 July 2016

Raya Cara Carl Dani.




Selamat hari raya
kepada saudara serta saudari
setahun hanya sekali
menyambut hari yang mulia ini.

Hello and Hai.

Hai awak-awak semua, macam mana raya, ok ke tidak?. Oklah untuk entry kali ini aku sharekan kepada semua cara aku beraya masa 4 Syawal (Sabtu) yang lepas. Disebabkan yang lain dah kerja maka aku beraya secara individu dan mengikut cara aku, kira macam jalan raya tapi tak pergi rumah orang, hahaha.

Tempat yang pertama sekali aku pergi adalah Parkson, jarang pergi maka masa raya kena pergi untuk cuci mata mencari barang yang ada sale. Kedai yang pertama aku pergi kedai korea, aku panggil kedai korea sebabnya belum lagi kaki melangkah masuk kau akan disambut dengan klip video lagu korea yang terpampang, nama kedai aku tak inga dan aku lupa nak snap gambar. Barang-barang sangat murah bermula dari harga 5 ringgit termasuklah skin care, body care, perhiasan rumah dan sebagainya. 


bermula daripada cleanser sampailah masker.

Disebabkan ada samplekan aku trylah serum kat tangan, bau ok, tak melekit, harga murah Rm 10 tapi tak beli takut rosak kulit. Dah puas tengok barang dalam tu, pergilah lot shop lain. Parkson ada buat sale masa tu daripada pakaian  sampailah perhiasan rumah. Aku memilih untuk tengok kat bahagian perhiasan dulu manalah tahu ada barang menarik, sekali nampak gambar, cantiknya tapi kena fikir banyak kali nak letak kat mana?


Kemudian pergi ke hotel berhampiran sebabnya nak jumpa kawan yang stay kat sana. Dekat hotel tu berhubung dengan shopping complex tapi lain entrance. Aku pernahlah berapa kali masuk kat mall tu tapi hotel tak pernah. So masa aku masuk hotel tu terkejut sikit tengok cantiknya lobby hotel dia, tapi kenalah control rasa keterujaan itu dengan mencari kat mana elevator dia, rupannya tersorok kat belakang dah!.

Masa aku masuk dalam elevator tu adalah seorang akak ni dari Indo, floor dia 15 tapi bila tekan button tak bernyala rupannya dia duduk kat floor yang mewah kena pakai card baru boleh ke level 15. Nasib baik aku nak pergi floor 12, so tak payah nak pakai card bagai. 


Dapat idea nak deco rumah letak lampu dalam bekas tergantung tu.


Lobby floor 12.

Suka sangat dengan decoration dia, cantik, santai, rasa macam tak nak balik je. Kat belah luar tu ada swimming pool. So dapatlah cuci mata sekejap tapi banyak cina singpore, selamba je berseluar kecik dari bilik terus ke swimming pool. Hahahaha. Tak kena citrarasa.


Corak carpet pun cantik kena pakai flash untuk ambik gambar baru nampak sebabnya lampu dia semua malap je rasa nak tido pun ada. Lepas dah berjumpa, berborak sakan hampir tengah hari barulah balik rumah. Sampai rumah tengok movie the boy.



Banyak blogger yang dah buat review movie ni, aku sendiri bagi 3 bintang sebab tak berapa seram. Aku bukan tengok jalan ceriter dia tapi aku tengok decoration rumah dalam movie ni. Cantik dan seram tu yang best. Hahahha.



Masa tengok movie ni aku boleh gelak-gelak lagi bila part perempuan tu cakap dengan patung tu sampaikan family aku pun tengok semacam je aku. Hahahaha. Kelakar ceriter dia!. Itu sahaja nak share kalau ada idea lagi boleh share tentang jalan-jalan raya ke rumah saudara mara tapi malas nak transfer gambar. Hahahaha. Selamat hari raya.!

Sayonara.




11 comments:

  1. Selamat hari raya..nak duit raya!! Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya awak!..awak dan berpunya tak boleh kasi duit raya lagi..hahaha.

      Delete
  2. Kedai jepun lah..kt jb org pggil daiso...all.item.kt dlm tu rm5 tp skrg da.ade gst x tau lak brp hrge dia mybe ade tmbh sen kt blkg dia.. selamat hari raya k..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini pun ada daiso tapi kedai yang kita pergi tu bukan kedai daiso...barang kat kedai daiso sekarang harga dia RM 5.60 termasuk tax..selamat hari raya abang tebuan...

      Delete
  3. Selamat hari raya!!! nak masker raya...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya...nak duit raya nanti bank in k..hahahha

      Delete
  4. meh raya sini meh.. cian jalan sensorang di hari raya #nanges

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauhlah shin kalau dekat dah gi raya kat rmh shin...hehehehe..nasib baik kita menangis...

      Delete
  5. Orang lain time raya sibuk cari lemang, cari rendang...Carl Dani sibuk cari skincare...hahaha..gurau je, jgn marah!

    BTW..buat apa kat hotel tu? jeng jeng! ekekekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita cari lemang lainlah abang kamen..hehehehe..jumpa kawan je kat sana..hahahaha. hal dalam bilik tak boleh bagi tahu..

      Delete