Pages

Click Me

Monday, 8 August 2016

For Better Life

Hello and Hai.

Dah habis dah raya tapi perasaan untuk beraya tu belum habis lagi. Hahaha. Walaupun badan dah semakin membesar akibat makan terlalu banyak yang penting happy. Masa bulan puasa hari tu target nak turunkan berat badan sampai ke paras 55 kg dan berjaya, bila dah habis puasa digantikan dengan hari raya maka berat badan naik semula.

Walaupun tak pergi timbang tapi dapatlah rasa beberapa part kat badan ni mula membesar terutamanya kat pipi rasa berat nak bawak. Tapi still rasa tak bersalah dengan makan biskut raya dengan banyak sebabnya family aku bukan makan biskut raya so akulah yang tolong habiskan daripada membazirkan, nasib baik masa hujung-hujung syawal hari tu tak ada orang datang lagi sebabnya stok biskut raya dah habis tinggal lagi beberapa jenis je. Hahaha.

Bila dah termakan banyak barulah timbul rasa bersalah dengan harapan esok tak nak makan terlalu banyak namun dugaan terlalu kuat melihat makanan sampai terbabas banyak kali dah. Hahahaha. Tapi sejak akhir-akhir inilah dapatlah lawan dugaan itu sikit dan tadi terbaca blog Aries kid maka bertambahlah kuat azam untuk menjaga balik tubuh badan jaga pemakanan, jaga kesihatan.

Buat permulaan aku cuma kurangkan dari segi makanan, terutamanya nasi, biasa makan nasi satu pinggan penuh maka sekarang kena kurangkan setengah pinggan. Kurangkan makanan bermanis terutamanya biskut raya yang ada lagi dalam cabinet tu. Dari segi senaman aku cuma fokuskan buat kerja rumah lebih sikit daripada biasa. Aku nak gi gym tapi tulah segan, nak jogging pulak aku bukan duduk taman atau dekat dengan tempat riadah. Aku jenis kalau buat exercise cepat lapar tu sebab aku lebih suka jaga permakanan tak adalah lapar sangat.

Maka bermula esok aku akan bertukar angin memilih kepada kehidupan yang lebih sihat untuk kesihatan. Mula-mula memang susah tapi nanti ok lah tu, kalau tangguh-tangguh sampai tahun depan masih tak berubah-ubah, orang lain dah sado bagai aku masih macam ni je. Hahaha. Marilah kita megamalkan kehidupan yang sihat untuk masa depan! dah macam menteri kesihatan pulak gayanya! hahaha.

Dah lama tak update blog kekok sikit nak taip. Hahahaha.

Sayonara!.

6 comments:

  1. Haha..rumah kita pon jauh wak dari taman2..tapi gigihkan gak naik moto pergi titiwangsa atau tasik perdana..pape pon goodluck carl dani

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ke?..kita malas nak drive,hahahaha...good luck awak!...

      Delete
  2. Pass lemak2 berlebihan kat aku...korang sibuk kuruskan badan, aku sibuk gemukkan badan..ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalaulah boleh pass lemak memang dah bagi dah..ambillah semua..hahaha..selamat gemukan badan abang.

      Delete
  3. Replies
    1. sebenarnya dah ideal tapi nak kurus lagi, hehehehe

      Delete