Heart

Heart

Pages

Click Me

Monday 4 July 2016

Selamat Hari Raya 2016





Assalamualaikum,

Hello and Hai,

Hari ini dah 29 Ramadan 1947 H, esok last day untuk berpuasa. Macam mana persiapan raya korang? dah siap semua ke?. Ada yang dah balik kampung ke?. Bila nak hampir raya ni, cuaca panas tidak terkata, berpeluh-peluh kalau boleh nak duduk kat kawasan ada kipas/ air cord je. Masa awal ramadan cuaca agak nyaman dan santai je bila pergi bazar waktu petang felling kat oversea, tapi bila dah hampir ke penghujung puasa ni, berpeluh-peluh pergi bazar. Tahun ni bazar kat sini agak sepi sebabnya tak ramai orang pun kalau pergi kul 6 petang berbeza dengan tahun-tahun yang lalu. Tak dapat cuci mata, main-main mata dan sebagainya. Hahahahha.

Daripada segi persiapan raya, aku simple je, bila baju melayu tapi family aku yang belikan sebab nak sedondon katanya tema tahun ni dan aku belum cuba lagi. Adalah juga beli tshirt, seluar jean untuk jalan raya nanti. Tahun ni agak sentap bila saiz kecik dah habis dah lah design cantik-cantik tapi size tak ada! Seluar pulak memang tak ada size yang kecik lagi tu yang paling kecik sekali. Hahahaha. Tak syok betul nak shopping, nak beli kat tempat lain malas, so beli apa yang ada je.

Esok last day untuk berpuasa, cuaca panas ni sangat mencabar iman, buka sebab lapar tapi sebab haus, siap terbayang lagi air dalam peti sejuk! hahahaha. Tapi itulah kemanisan puasa yang akan kita ingat dan mengajar kita untuk bersabar walaupun kadang-kadang aku tidak penyabar orangnya lagi-lagi perut tengah lapar.

Kemas rumah dah siap, langsir dah pasang, katil dah cantik, cuma esok untuk fokus pada masak dan baking sahaja, biasalah mak-mak kan macam-macam nak masak. Kacang belum goreng lagi mungkin petang ni, task yang paling malas nak buat sekali. Dah goreng kena kupas kulit kemudian mesin, memang sedap kuah kacang siapa yang masak tahulah macam mana.

Aku jelous betul tengok orang balik kampung sebab kampung dekat je kot tiap-tiap hari boleh pergi tapi tak berapa kampung sangat pun walaupun nama je kampung, Kena cari husband yang ada kampung bolehlah time raya rasa suasana kampung. Hahahaha. Tersasul pulak!.

Di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada anda semua. Enjoy ur holiday!...mmmuaaahhhh sikit!.

7 comments:

  1. siyes.. sama lah kat sini.. cuaca makin panas.. makin nk abis puasa makin rasa haus.. ni ketupat dah siap anyam.. esok la begasak tolong sesikit mana yak mampu . selamat menyambut hari raya ek.. meh la dtg sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya Shin, maaf zahir dan batin k..daripada pagi sampai ke petang busy kat dapur

      Delete
  2. Salam Aidilfitri juga buat Carl....Amir balik melaka tahun nie....as always...;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melaka kat area mana? selamat bercuti Amir...

      Delete
  3. Selamat hari raya aidilfitri carl dani..mintak ampun salah silap ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari raya Aries dan selamat bercuti.

      Delete
  4. Selamat hari raya, tq sudi singgah sini. Nanti akan singgah kat sana k

    ReplyDelete