Heart

Heart

Pages

Click Me

Monday 7 May 2018

Hello May.


Hello and Hai.

Ketika entri ini ditulis saya sudah pun selesai menjawab final exam. Macam biasa dah namanya exam ada soalan yang membuatkan saya berfikir lebih 5 kali sampaikan 'pengawas' dewan exam tu pun dah cam muka saya, 'budak paling last keluar'. Hahaha.

Dah habis exam saya gunakan untuk tengok movie, makan, minum,dengar lagu kecuali tidur masih ada masaalah tak boleh tidur. Hahahaha.

Minggu depan dah ada pilihan raya, kemudian dah puasa. Erm, cepat masa berlalu. Macam mana dengan persiapan anda semua bagi menyambut ramadan?. Saya dah beli stok kurma dan adalah kemas rumah sikit-sikit sebab masa exam hari tu tak sempat nak kemas.

Awak semua dah ganti puasa belum?, Hehehe. Hari Rabu ni dah sampai masa untuk kita mengundi dan ini kali pertama saya sebagai rakyat Malaysia mengundi, wow! rasa dah dewasa dah wak. Kalau sebelum ini tengok sahaja orang pergi mengundi dan kali ini diri sendiri yang pergi mengundi lak.

Maka dengan itu, sebelum pegi mengundi dapatkan sedikit informasi apa yang perlu dibuat semasa proses pengundian berlaku. Nanti tak adalah gelabah lak kan masa sampai kat tempat megundi tu. Hehehe...

Cukup sahaja sampai sini sahaja, kalau ada masa nanti sebelum puasa akan update entry yang lain pula. Selamat mengundi wahai rakyat Malaysia!. 

Sayonara.








4 comments: