Heart

Heart

Pages

Click Me

Wednesday 17 June 2015

Salam Ramadan 2015

Awak,

Tak lama lagi awak nak datang, begitu cepat masa berlalu. Seperti biasa bila awak nak datang je sayalah orang yang paling sibuk. Macam-macam yang saya kena fikirkan dan rancangkan terutamanya yang berkaitan dengan acara memasak dan mengemas rumah. Awak pun tahu kan dalam family saya semuanya busy dengan kerja-kerja masing. Namun bagi saya ia sesuatu yang seronok bila buat kerja seorang-seorang terasa tenang je walaupun lambat siap namun di hujungnya nanti saya akan berpuas hati melihatnya. Awak pun tahukan saya memang suka sangat-sangat awak datang tu lah sebab sebelum awak datang macam-macam benda yang saya buat.

Awak, bila awak dah datang maka bermulalah jadual saya berubah, kalau macam tahun lepas saya akan tidur pukul 11.00 p.m dan bangun pukul 4.00 a.m. Saya tidur lambat biasanya sambil tengok ceriter lipat baju sambil tu kemas dapur dengan pinggan mangkuk yang kadang-kadang terlupa cuci atau pun panas lauk supaya nanti tak basi bila nak makan waktu sahur nanti. Kadang-kadang tu terlupa juga nak buat perkara tersebut. Ahli keluarga yang lain kadang-kadang pergi beli barang nak raya tapi saya tak ikut pun kalau dia orang nak pergi bazaar waktu malam sebabnya saya memang banyak kerja kat rumah nak dibuatkan. Kalau saya ikut pun mesti akan tidur lambat sebabnya saya memang tidak boleh tidur selagi kerja belum selesai.

Kalau dulu masa waktu sekolah, bila awak datang mak sayalah orang yang pertama akan bangun. Namun sejak tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini saya pulak yang mengambil posisi tersebut, walaupun tidur agak lewat tapi gagahkan juga diri bangun pukul 4 a.m. Dimana suasana ketika itu memang sunyi sepi seandainya jarum jatuh memang akan kedengaran bunyinya. Saya memang suka bangun awal pagi sebabnya nak panaskan lauk-lauk semalam dan juga nasi. Sambil tu buka radio supaya tidaklah sunyi sangat. Bila hampir habis waktu sahur maka saya lah yang akan kemas meja makan, dan seangkatan dengannya.

Waktu yang saya suka bila awak datang semestinya bazaar ramadhan yang bermacam-macam bau akan dapat dihidu. Awak pun tahu kan yang saya suka pergi bazaar untuk melihat makanan bukannya beli pun awak pun tahukan sebabnya kenapa. Hehehe. Dan juga bila pergi bazaar agaklah juga bahaya macam tahun lepas bila terserempak dengan orang-orang yang satu masa dahulu saya suka itu dan nasib baik mereka dah tak kenal saya lagi walaupun dari cara mereka pandang saya seoleh-oleh cuba mengingati siapa saya. Awak pun tahukan saya dah berubah 360 peratus tu lah sebab mereka tak kenal saya lagi. Atau pun mereka dah lupa kewujudan saya pada masa lalu. Abaikan sahajalah mereka. Bila pergi bazaar mesti akan terserempak dengan abang-abang handsome. Cairnya hati tengok nasib baiklah bulan puasa kena tahan nafsu. Walaupun adalah juga yang kena dengan selera namun kena sedar diri.

Habis je beli makanan mesti tersangkut dalam trafik light yang sesak sangat. Sampai pukul 6 p.m pun belum sampai kat rumah juga nasib baiklah sebelum pergi bazaar dah basuh beras dan letak dalam rice cooker nanti abang ngah balik kerja terus on suis je tak perlu membazirkan masa untuk masa lagi. Bila sampai rumah je tak tengok kiri kanan terus pergi dapur dekat meja makan dan capai pingan mangkuk nak buka kuah yang beli tadi tu. Lepas tu terus bancuh air bagai dah siap semuanya barulah mandi. Bila dengar je azan semua terus pergi dapur, memang kelam kabut dan rasanya rumah saya je kot yang riuh rendah dengan suara padahal yang duduknya cuma 5 orang je tu pun macam nak berperang bunyinya. Kalau dulu bila berbuka saya suka makan benda yang berat-berat tapi sekarang cuma makan sikit je sampaikan family saya pun dah bising bila tak makan nasi cuma makan yang ringan-ringan je.

Bila lagi beberapa minggu lagi awak nak pergi, maka bertambahlah busy saya. Biasanya akan busy buat biskut raya walaupun ada yang dah tempah tapi sahaja je nak buat walaupun orang dalam rumah saya ni tidak makan biskut raya kecuali saya seorang je. Macam biasa saya yang buat saya makan. Dah terbiasa dah. Tu sebabnya badan saya cepat kembang macam belon kat bahagian pipi tu. Biasanya saya buat yang senang-senang je, dimana yang lain beli dan tempah je. Selain itu, saya juga yang akan buat kerja-kerja kemas rumah bermula daripada luar sampailah dalam. Biasanya dalam hampir raya baru buat, nak tukar langsir, lap dinding dan macam-macam lagi dengan susun atur perabot dan juga kemas bilik-bilik bujang yang ada dalam rumah ini.

Untuk bahagian luar rumah semestinya kena buat di awal pagi, sebabnya bila puasa matahari sangat panas. Sambil kemas rumah mesti tengok rumah jiran sebelah tengok apa yang pakcik dan makcik rumah sebelah buat. Sebabnya selalu ternampak mereka berdua je yang kemas rumah, anak-anak jiran sebelah pun tak tahu berapa orang sebabnya anak-anak jiran sebelah semuanya kerja jauh dan jarang ada kat rumah. Jiran sebelah rumah ni ada pembantu jadinya memang rumah mereka kemas sentiasa. Tahun lepas rumah jiran sebelah buat renovation, cantik sangat. Tahun ni rumah saya pulak tapi tak lah keseluruhannya macam jiran sebelah rumah.

Disaat akhir pergi beli baju melayu, kalau dulu tempah sebabnya tak ada saiz tapi sekarang beli sebabnya dah ada size dengan badan cumanya corak yang berkenan tak ada saiz macam tahun lepas. Tak pe tahun ni beli awal-awal. Bila dengar je lagu rayamesti sedih sebabnya kita tak ada kampung. di mana mereka bersuka ria pulang ke kampung bersama dengan ahli keluarga saya sedang sibuk dirumah menguruskan apa yang patut sebelum menjelang syawal. Bertambah sibuk bila petang raya, nak masak pelbagai jenis lauk raya dengan nak masak ketupat lagi.

Namun segala kepenatan hilang bila dengar takbir raya berkumandang. Rasa suka, sedih dan lega. Sekarang walaupun raya macam tak rasa raya pun adakah diri ini sudah tua atau pun apa. Masing-masing mempunyai sejarah dan pendapat yang tersendiri. Semoga ramdhan kali ini lebih baik daripada sebelum-sebelum ini dan dipanjangkan usia agar dapat merasai ramdhan yang akan datang.


SALAM RAMADAN KEPADA ANDA SEMUA...





6 comments:

  1. Amboi rajin sungguh orangnya, boleh buat calon menantu millenium. Kalau aku, tolong hidang makanan time nak berbuka selalu lah jugak. Cuma time nak kemas lepas habis makan tu, siapa lambat dia kena kemas meja. Hahaha.

    Jangan seksi2 ye di bulan ramadan. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Cuba untuk tidak seksi di bulan ramadan...:-)

      Delete
  2. Tetiba rasa nak masuk meminang lepas raya nanti..rajin betul laa Lelaki Seksi ni..tergoda jap..hahaha

    Selamat berpuasa..mata tu jaga sikit..jangan asik usha mamat hensem di bazar ramadan jer nanti :larikkkk:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bagi date k bila nak masuk meminang..hehehe. ok, janji tak tengok mamat hensem kat bazar. hahahaha

      Delete
  3. Jarang ada lelaki Melayu seperti ini. Kebanyakkan pemalas macam Kamen. erk ....

    ReplyDelete