Heart

Heart

Pages

Click Me

Friday 24 July 2015

Syawal 2015


Salam 8 Syawal dan Salam Jumaat semuanya..

Hari ini aku nak sharekan tentang kenangan beraya terindah pada tahun ini. Di hujung-hujung puasa tahun ini agak santai menanti kedatangan Syawal sebabnya biskut dan kek raya kebanyakan beli sahaja tak buat pun. Hanya sejenis biskut sahaja yang aku buat, yang semua beli samaada kat orang yang buat biskut raya dan juga aku beli kat shopping. Aku lebih banyak habiskan dengan mengemas rumah baik dalam atau luar rumah.

Beberapa hari sebelum Syawal aku sudah menyiapkan keperluan memasak, aku beli barang-barang basah dan keperluan lain untuk masak. Ketika petang raya semuanya sudah tersedia bahan-bahan untuk memasak. Tahun ni cuma masak, kuah kacang, daging rendang, udang sambal dan ayam sambal, sebelum jam 6 dah siap semuanya. Selepas itu, kemas apa yang patut di dapur sebelum bersiap-siap untuk berbuka.

Di malam raya, ketika takbir raya berkumandang sayup-sayup aku dan abang-abang yang lain sibuk membuat dodol di belakang rumah, nasib baik ada angin sepoi-sepoi bahasa jadi kuranglah berpeluhnya. Selepas selesai, masuk rumah tengok tv, melayan perasaan dan tidur. Pukul 5.30 pagi dah bangun untuk beraya. Buat apa yang patut kat dapur lepas tu sia-siap pergi sembayang raya, sambil mata dapat mencuci mata. Elok-elok semuanya berbaju melayu.

Sudah pastinya bila raya saudara mara datang bertandang ke rumah, sambil bertanya khabar, soalan cepu emas, tentang itu dan ini sebagainya kan sambil menjamu selera dengan apa yang tuan rumah sediakan. Dan raya tahun ini, aku menjadi tumpuan dan menjawab pelbagai soalan seperti berikut.

Adik napa kurus sangat, dah tak handsome dah.

Adik diet ke?

Napa lain sangat ni?. Jauh berbeza

Bila pasang besi kat gigi?

Dik, sharelah makan apa boleh jadi kurus macam ni?

Tak makan ke dik ke makan ubat kurus?

Makan apa yang boleh kurus macam ni?

Dik, lemak mana?. Dah hilang pergi mana?

Itulah antara soalan-soalannya yang aku jawab untuk syawal ini. Nak dikatakan terlalu kurus tidaklah juga, lagi-lagi dah Syawal ni memang tak tahan nafsu tengok biskut raya yang sedap-sedap sampaikan aku terlupa yang aku pakai braces. Bila part kena berus gigi memang lama aku dalam bilik air tu. Tahun ni kurang sikit dapat duit raya. Dah besau kan kenalah terima hakikat itu. Aktiviti hari raya, makan tido makan tido untuk besarkan badan. Makanan favorite ketika raya semestinya makan ketupat dengan kuah kacang dan kuah rendang, tak makan daging sebab tak boleh makan daging.

Itu sahaja yang nak sharekan untuk entry kali ini dan berjumpa lagi ke entry yang lain.

Sayonara....


6 comments:

  1. Hahaha...part kena tegur dah kurus tu aku dah rasa..seriously aku tak suka org cakap aku kurus.

    Kesian Lelaki Seksi time raya tak makan rendang daging...sedap tuuuu...ekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe.. memang sedap pun rendang daging..tak pe lain kali boleh makan...

      Delete
  2. Wahhhh ada lagu raya Nuar zain kat blog dia !
    SELAMAT HARI RAYAAAAAAAAA LELAKI SEKSI !
    Raya-raya ni makin seksi pulak. share tips sikit. HEHEHEHE.
    Wahhhh dah kurus ! Share tips weyhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rayakan sebulan tu yang pasang lagu raya tu..selamat hari raya juga Mr Unknown,,ye ke seksi?..biasa-biasa je lah..tips untuk kurus nanti lelaki seksi kongsikan kan..

      Delete
  3. Rajin betul Lelaki Seksi. Kalau anak dara pemalas tengok ni gerenti malu-malu ayam. Haha.

    Anyway. Selamat Hari Raya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak adalah rajin mana pun..hehehe...selamat hari raya Nov Collins..

      Delete