Heart

Heart

Pages

Click Me

Monday 5 October 2015

Pos Laju yang tidak berapa nak laju..


Hello and Hai..

Selamat hari Isnin. Sepatutnya update ceriter ini masa last week tapi kurang sihat maka nak sharekan hari ini. Aku ada beli barang secara online, dan biasanya ambil masa 3 hari untuk sampai. Barang akan sampai bila masuk hari yang ketiga. Dan biasanya barang akan sampai pada hari rabu, jadinya hari rabu tu dengan penuh sabar dan senyum aku pun tunggu abang pos laju hantar dan aku pun check secara online yang barang aku dalam proses untuk hantar ke rumah.

Akan tetapi sampai ke petang barang aku tak sampai. Tak pe lah mungkin ada masalah agaknya kot. Hari Khamis pun aku menanti dengan kesabaran dan berharap yang abang pos laju akan telefon bertanyakan rumah aku kat mana. Namun sama juga, tiada panggilan yang masuk atau barang yang sampai.

Sehinggalah hari Jumaat tu, aku telefon pejabat pos state aku bertanyakan tentang barang aku tu. Telefon waktu pagi tidak berangkat, pada waktu petang lepas solat Jumaat aku telefon balik, nasib baik dapat. Hati dah lah panas bila barang aku tak sampai ditambahkan lagi dengan pejabat pos yang tidak angkat call.

Aku pun cakaplah barang aku belum sampai lagi dan bla bla...Akak kat pejabat pos tu kata nanti dia telefon pekerja yang hantar barang aku dan apa-apa akan telefon aku. Lebih kurang 5 minit selepas tu, akak tu telefon balik cakap yang pekerja dia ada telefon aku tapi aku tak jawab. Akak tu pun bagi number aku kat pekerja yang hantar barang aku tu. Dalam masa 10 minit, abang pos laju telefon tanya rumah kat mana. Selang 5 minit, abang pos laju tu dah sampai kat depan rumah.

Abang pos laju tu siap cakap lagi, sorrylah sebab dia dah lama tak masuk kat kawasan aku tu yang dia cari rumah tak jumpa. Aku pun mengangguk sahaja dan tersenyum. Barang pun ada kat tangan aku tapi aku rasa hanya ada 1 barang sahaja..aku beli 2 barang. Terus masuk rumah, buka dan tengok memang 1 barang je yang aku dapat. Terus whatsApp kat orang yang aku beli dan menanti dengan sabar dia membalasnya. Akhirnya dia pun balas dan cakap nanti akan update dengan staff dia tentang barang aku tu.

Dan tadi, lebih kurang 1.30, aku dapat barang aku. Yeah!.. Tak sangka pulak cepat dan dapat hari ini. Nasib baik dia hantar hari ini kalau esok memang aku tak ada kat rumah. Yang hantar barang tadi tu abang yang sama hantar barang aku last week. Yeah!..barang dah dapat, happynya.


p/s : Rambut dah pendek sebab potong, ala2 askar. Nampak pipi macam pau. Hari ni jerebu melanda kembali...esok ada appointment dengan doc gigi, nervous..hahahha.


18 comments:

  1. Pos laju ni kadang kadang ikut nasib jugak...ada tu dalam masa 3 hari dah dapat...kalau tak seminggu dua baru dapat...abg posmen poslaju area rumah aku sampai dah kenal bapak aku sebab adk aku selalu beli online and yang ada kat rumah selalu bapak aku je...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg poslaju dah tahu rumah tak pe lah..kalau barang tak penting tak apa lah kan..hehehe

      Delete
    2. hahaha...beli apa tu yg penting sgt tu...

      Delete
  2. Amir pun pernah kene post sampai lambat...citernyer Adik Amir ader send kat Amir dokumen penting untuk Amir melibatkan my works...so Isnin die anta...ingat kat rabu dah dapat...tapi jumaat petang dekat nak tutup opis baru sampai...Amir punyer lah bengang...sebab dokumen tu sgt important...alasan lambat sampai sebab banyak pos nak kene anta...#geramtul...

    ps : barang aper lah yang dibelikannya tu ek...nak gak tau....hehehe ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang geramlah, .sebab nak pakai urgentkan, kalau tak berapa penting tak pe lah kan..macam2 hal lah pos laju..hehehe..apa yang macho lelaki beli, nanti kita sharekan...

      Delete
  3. shin pon ngah tunggu barang x sampai sampai.. semoga sampai esok.. risau gak.. gini la nasib beli online #nanges

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harsp sampai esok..jgn nanges k..kalau tak sampai call pejabat pos k..dont worry..

      Delete
    2. Alhamdulillah.. dah sampai barang #yeah

      Delete
    3. Yeah!!!seronokkan bila barang dah sampai kat kita...hehehhe

      Delete
  4. Dah lama tak online shopping..tetiba rindu dkt brader poslaju ..ekekeke

    Kalau barang tu murah x kisah lambat..tapi kalau mahal dan fragile,mau tak cuak?.takut hilang atau rosak. satu hal lagi nk return.

    Macho Lelaki beli apa? :busybody:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa barang cepat sampai sekrang ni memang bermasalah..ni semua pasal jerebu kot..hahaha..nanti kita share k abg kamen apa yang kita beli..

      Delete
  5. Setakat ni pos laju okay lagi lah. Tapi Skynet kat kawasan aku tinggal sekarang ni, Ya Allah, dah la lambat, pemalas pulak. Baru je last week aku pergi office Skynet terus untuk collect barang sendiri. Kalau tunggu dai datang, memang haram nak sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergh..dia nak kerja tak nak??...better ambil sendiri daripada ternanti2 dia nak hantar barang kat rumah..

      Delete
    2. Samelah mcm kt my place.skynet mmg mcm kimak.staff membute je.so far pos laju lah plg ok

      Delete
    3. owh..yeke?. sebab tak pernah guna skynet..

      Delete
  6. Mcm i jual brg online setakat ni ok lah pos laju.u beli brg ape je tu nk menyibuk tau bleh kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. u jual barang apa?..heheh..nanti i update k apa yang i beli....

      Delete