Heart

Heart

Pages

Click Me

Wednesday, 27 January 2016

Tajuk Kecil.



1.  Bau 

 - ' Sayang, jangan pakai body lotion'.

- 'Kenapa?'..

- 'Rindu nak bau sayang'..

- 'Sengal!'..



2. Mengidam

- 'Sayang tengah buat apa?.'

- 'Tengah makan chicken wing.'

- 'Tak diet??.'

- Tertiba mengidam.

- 'Seriously?, yes, akhirnya.'

- 'Napa bang?..'

- 'Tak lama lagi kita dapat babylah kan..hehehe'

- 'Bengong punya suami..'




3. Bilik.

- 'Abg, jom makan'.

-'Sekejap lagi'.

-' Abg, jom shopping'.

-'Sekejap lagi'.

- 'Abg, jom masauk bilik'.

- 'ok, jom'.




4. Rindu.

- 'Abang'

- 'Ya'

- 'Abang...'

- ' Ya saya, napa ni sayang?'

-' Rindu..'

-' Love you'.

- 'Love you too'.


Tuesday, 19 January 2016

Perkara yang kurang best sebagai blogger.


Hello and hai.

Selamat hari Selasa semuanya, hari ini dah 19 Januari cepat masa berlalu. Mungkin tajuk entri ini kurang menarik disebabkan tak tahu nak describe melalui ayat yang macam mana lagi. Ok, hari ini saya nak sharekan kepada awak-awak semua tentang perkara yang kurang best sebagai blogger.






1. Tak ada idea nak update blog.

Selalu terjadi pada diri sendiri disaat minda tak dapat nak berkembang dengan sebaik mungkin. Kadang-kadang idea ada tapi tak tahu nak bina ayat yang macam mana agar semua yang membacanya akan faham dan terus melekat didalam hati masing-masing. Dan idea tidak akan datang bila duduk dihadapan skrin laptop/ komputer.


2. Balas komen pembaca/blogger.

Terjadi kepada saya ketika ini bila mana nak balas komen awak semua tertiba line error. Tapi menaip untuk entri baru boleh pulak. Adakah anda begitu juga?, kalau ya, give me five. Ada masa telepas pandang nak komen terutamanya untuk entri yang lepas-lepas tu, harap maaf ya kalau tak balas.




3. Meninggalkan jejak di blog yang singgah.

Selepas baca sesebuah blog pastinya akan meninggalkan komen, bermakna blog tersebut sudah dibaca dan dengan harapan owner blog akan membalasnya. Dan juga saling menyokong antara blogger satu sama lain. Yang tak bestnya bila dah part nak komen, tertiba error atau pun komen tak keluar kat kotak yang disediakan tu. Tak semestinya saya tak tinggalkan komen saya tak baca blog awak k.



4. Berchat dengan 'unknown'.

Selain boleh berbalas komen, boleh juga berchat diantara blogger sesama sendiri atau dengan 'unknown'. Kalau dengan blogger, pastinya kita dah tahu sifat dan peragai mereka bagaimana daripada blog mereka. Namun dengan 'unknown' kena berhati sikit, sebabnya lain orang lain caranya. Bila kita lambat balas chat atau tak jawab soalan yang diajukan mulalah mereka mengunakan kata-kata yang kurang enak. Atau pun jenis yang suka mendesak dan memaksa. Kalau dah over, memang terus block je.


5. Menghapuskan komen.

Sekiranya sesebuah blog berbentuk public maka sesiapa pun boleh komen. Terutamanya komen daripada 'unknown', ada yang meninggalkan komen dengan bahasa yang bagus dan menarik dan juga ada yang meningalkan komen dengan perkataan yang kurang enak atau perkara yang negative. Maka bergantung kepada owner blog untuk padam atau biarkan sahaja. Kalau saya terus padam sekirannya kata-katanya sangat negative dan tidak memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain.


6. Berfikiran positive dan terbuka.

Untuk menjadi seorang blogger, kita seharusnya sentisa berfikiran positive dan terbuka tentang semua hal. Terutamanya yang melibatkan diantara blogger. Sebagai contoh, blogger A dan blogger B update entry yang sama dan isi yang hampir serupa. Jadinya sebagai blogger, kita harus menganggapnya sebagai satu kebetulan yang tidak disengajakan. Tidak perlu berfikiran negative dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Bergitu juga dengan kemunculan blogger-blogger baru setiap hari dimana blog mereka sangat-sangat menarik dan segar apabila membaca setiap bait ayat yang ada. 



Dan akhir sekali,

Selamat menulis blog agar dapat memberikan sesuatu yang berguna kepada pembaca.


-sayonara-







Wednesday, 13 January 2016

Kebaikan minum air putih/masak.

Hello and hai.

Hai awak-awak semua, jumpa lagi. Hari ini saya nak sharekan tentang kebaikan minum air putih didalam kehidupan kita dan juga cara minum air yang betul supaya tidak kembung walaupun minum sampai 3 liter atau pun lebih dalam sehari. Ditambahkan lagi dengan cuaca sekarang yang panas.


kebaikan dan kenapa kena minum air putih. Saya gabungkan dua sekali, maka anda akan dapat maklumat 2 dalam 1.

1. Detox toxic didalam badan secara semulajadi.

- bila bangun pagi, sila minum air putih segelas supaya lancar sistem buangan anda. Yup, memang berkesan.

2. Melembabkan kulit muka dan badan termasuk juga bibir.

- biar kulit tak putih tak pe jangan kulit kering, nampak macam orang sakit.

3. Dapat mengurangkan lemak di badan.

- ini yang sangat best, bila minum air metabolism akan meningkat maka dapat hilangkan lemak.

4. Cegah mengantuk.

- bila rasa mengantuk, cepat-cepat minum air supaya tak tertidur dan tak ketinggalan ilmu.

5. Kenyangkan perut bila lapar.

- bila kelas habis lambat dan perut lapar, maka minum air seakan mengalas perut walaupun sebelum kelas bermula sudah makan roti bakar 2 set, hahaha.

6. Dapat membekalkan oxygen terus ke otak.

- ini Datuk Fazley yang cakap kat radio. Bila minum air, oxygen dibekalkan terus ke otak kita dan kita dapat berfikir maka idea akan keluar sampai melimpah ruang yang ada.

7. Makan banyak supplement.

- sekirannya anda ambil supplement sila-sila rajinkan diri anda minum air sebanyak mungkin. Sebabnya sebarang jenis supplement tak kiralah vitamin c, b complex, multivitamin atau pun kolegen sekali pun ia bersifat panas dan memerlukan air yang banyak supaya mudah serap dalam badan.

8. Haus/ dahaga.

- pastinya akan mencari minuman bila dah haus, kalau dapat air kelapa di tengah hari yang terik ini amat nikmatnya hidup. Terus rasa sejuk. hahaha.

Senarai diatas itu berdasarkan apa yang saya amalkan setiap hari. Lain orang lain caranya, anda boleh google untuk membaca kisah orang lain. Ok, next, cara minum air banyak-banyak supaya tidak kembung perut.


Bangun pagi- 1 gelas.

Sebelum mandi- 1 gelas.

9.00 a.m- 1 gelas atau suku botol.

10.00 a.m- l gelas atau suku botol.

11.00 a.m- l gelas atau suku botol

12.00 a.m- l gelas atau suku botol

1.00 p.m- l gelas atau suku botol

2.00 p.m- l gelas atau suku botol.

3.00 p.m- l gelas atau suku botol.

4.00 p.m- l gelas atau suku botol.

5.00 p.m- l gelas atau suku botol

6.00 p.m- l gelas atau suku botol.

7.00 p.m- l gelas atau suku botol.

8.00 p.m- l gelas atau suku botol.

9.00 p.m- l gelas atau suku botol.


Biasanya saya akan minum air guna botol dan botol saya 1.5 litter. Maka setiap 1 jam saya akan minum supaya tidak rasa haus dan minum terlalu banyak. Masa mula-mula dulu memang kerap sangat gi tandas tapi nanti lama-lama akan ok. 

Sila duduk sebelum minum supaya perut tak boroi dan juga jangan minum satu teguk nanti perut kembung. Jangan minum air dua jam sebelum tidur nanti akan pergi toilet waktu tidur dan menganggu tidur anda.Itu cara yang saya amalkan dan masih buat sampai sekarang.

Cara untuk tahu yang badan kita dah cukup kandungan air atau tidak, boleh tahu berdasarkan warna urine kita, kalau berwarna pekat maksudnya kita kena minum lagi banyak air dan kalau berwarnah jernih dan putih maksudnya badan kita dah cukup air dan minum bila perlu.

ok, ini sahaja yang saya sempat sharekan untuk hari ini. Jumpa lagi.

Sayonara...




Friday, 8 January 2016

Abang Pos Laju.


Hello and Hai.

Apa khabar anda semua?. Tahun lepas, bulan 10 saya ada update entri tentang masalah pos laju, adakah anda semua masih ingat tentang perkara itu? tak pe tak payah memerah ingatan/ memori anda kalau anda dah lupa. Kalau anda dah lupa anda boleh baca semula di entri pos laju yang tidak berapa nak laju. Hari ini saya nak sharekan lagi kisah tentang pos laju.


Image result for pos laju


Minggu lepas beli barang secara online, lepas bank in dan bagi details semua, tunggulah hari Isnin untuk dapatkan tracking number. Bila dah dapat tracking number dengan penuh kegembiraan pergi check secara online di laman web pos laju. Bila dah masukkan tracking number tunggulah beberapa saat, sekali keluar maklumat item not found. Cuba masukan sekali lagi namun keluar benda yang sama. Bersangka baik mungkin line problem agaknya.

Hari Selasa cuba sekali lagi dan baru keluar detail item. Lega sekejap walaupun barang tak sampai lagi. Makanya masa hari Rabu dengan yakin yang barang akan sampai tepat pada masanya. Namun tidak! sampai ke petang tak muncul. Jadinya masa hari Khamis (semalam) awal pagi dah telefon pejabat pos laju untuk tanyakan tentang barang tersebut dan sangat dugaan bila banyak kali telefon tidak berjawab. Setelah pelbagai jenis doa dibaca baru panggilan berjawab, lega wei umpama baru lepas jawab exam hahahaha.

Disebabkan nak juga abang pos laju hantar barang sampai pintu pagar depan rumah maka tunggulah sampai barang sampai. Next time kalau barang tak sampai terus pergi ambik kat tempat dia lagi senang tak adalah ternanti-nanti. Lebih kurang pukul 3 baru dengar abang pos laju tekan bell. Akhirnya, sampai juga barang. Ingatkan abang pos laju yang lain hantar barang, rupa-rupannya abang yang sama hantar barang sebelum ini. Adakah abang tersebut mempunyai masalah untuk menghantar barang ke rumah saya?. Dah tahu rumah kita kat mana pun still nak juga lambat hantar. Atau mungkin abang pos laju sahaja nak bermain-main hantar barang kita lambat?. hahahaha.

Harap-harap lepas ni janganlah ada masalah seperti ini lagi, penat nak telefon pejabat pos, rasa macam nak boom je bila mana panggilan telefon tak berjawab. Kepada abang pos laju tersebut jangan buat peragai lagi ya, hahaha. Itu je nak sharekan pada awak semua. Barang apa yang saya beli itu rahsia. Hehehe..xoxo.

Sayonara.

Wednesday, 6 January 2016

January 2016.


Hello and Hai.

Hari ini dah masuk 6 Januari 2016. Cepat sangat waktu berlari. Macam mana dengan sambutan tahun baru kalian?, ok tak?. Malam tahun baru macam biasa je, saya duk rumah makan lepas tu tengok movie yang dah record sebelum ni. Nasib baik sekarang astro dah boleh record, so bila ada waktu free baru tengok. Saya duduk rumah sorang-sorang sebabnya yang lain keluar makan dan saya malas nak ikut, saya makan lambat.

Semalam, 5 Januari saya pergi jusco aeon untuk cari buku. Masa mula-mula sampai tu rasa macam pelik sikit sebabnya mereka yang beli barang hanya pegang barang tersebut tanpa plastik. Tak lah pikir apa-apa pun sebab malas nak pikir masa tu. Bila dah masuk dalam mall kebanykannya bawak beg sendiri. Biasanya hanya jumaat dan weekend sahaja hari tanpa plastik tapi kena hari selasa dia orang bawak beg?.

Masa pergi popular pun rasa macam lain ada yang bawak beg sekali. Ingat nak beli tapi tak jadi pula tertiba-tiba mungkin nak beli hari lain. Masa belum balik singgah beli burn sekejap dan masa tu lah barulah ingatan berfungsi dengan baiknya di mana state yang saya duduk sekarang ni dah berkuat kuasa pada tahun 2016 tiada lagi pengunaan beg plastik. Depan saya tu ada seorang akak, rasanya dia pun lupa tentang perkara ni tu yang dia beli banyak burn. 

Sepatutnya nak beli barang dapur tapi terlupa nak bawak beg tak jadi beli. Mungkin esok baru pergi beli. Biasanya dalam kereta ada beg tapi dah guna hari tu terlupa nak letak balik dalam kereta. Maka tahun ni kena sentiasa bawak beg kalau keluar rumah sebabnya buat nak beli barang beg tak ada. Dah lah shopping tak provide paper bag tak kan nak pegang barang satu per satu. Kalau item yang besar boleh lah pegang, kalau beli item yang kecik-kecik macam manalah nak pegang.

Itu sahaja yang nak share untuk hari ini. Have a nice day.

Sayonara.