Heart

Heart

Pages

Click Me

Friday 8 January 2016

Abang Pos Laju.


Hello and Hai.

Apa khabar anda semua?. Tahun lepas, bulan 10 saya ada update entri tentang masalah pos laju, adakah anda semua masih ingat tentang perkara itu? tak pe tak payah memerah ingatan/ memori anda kalau anda dah lupa. Kalau anda dah lupa anda boleh baca semula di entri pos laju yang tidak berapa nak laju. Hari ini saya nak sharekan lagi kisah tentang pos laju.


Image result for pos laju


Minggu lepas beli barang secara online, lepas bank in dan bagi details semua, tunggulah hari Isnin untuk dapatkan tracking number. Bila dah dapat tracking number dengan penuh kegembiraan pergi check secara online di laman web pos laju. Bila dah masukkan tracking number tunggulah beberapa saat, sekali keluar maklumat item not found. Cuba masukan sekali lagi namun keluar benda yang sama. Bersangka baik mungkin line problem agaknya.

Hari Selasa cuba sekali lagi dan baru keluar detail item. Lega sekejap walaupun barang tak sampai lagi. Makanya masa hari Rabu dengan yakin yang barang akan sampai tepat pada masanya. Namun tidak! sampai ke petang tak muncul. Jadinya masa hari Khamis (semalam) awal pagi dah telefon pejabat pos laju untuk tanyakan tentang barang tersebut dan sangat dugaan bila banyak kali telefon tidak berjawab. Setelah pelbagai jenis doa dibaca baru panggilan berjawab, lega wei umpama baru lepas jawab exam hahahaha.

Disebabkan nak juga abang pos laju hantar barang sampai pintu pagar depan rumah maka tunggulah sampai barang sampai. Next time kalau barang tak sampai terus pergi ambik kat tempat dia lagi senang tak adalah ternanti-nanti. Lebih kurang pukul 3 baru dengar abang pos laju tekan bell. Akhirnya, sampai juga barang. Ingatkan abang pos laju yang lain hantar barang, rupa-rupannya abang yang sama hantar barang sebelum ini. Adakah abang tersebut mempunyai masalah untuk menghantar barang ke rumah saya?. Dah tahu rumah kita kat mana pun still nak juga lambat hantar. Atau mungkin abang pos laju sahaja nak bermain-main hantar barang kita lambat?. hahahaha.

Harap-harap lepas ni janganlah ada masalah seperti ini lagi, penat nak telefon pejabat pos, rasa macam nak boom je bila mana panggilan telefon tak berjawab. Kepada abang pos laju tersebut jangan buat peragai lagi ya, hahaha. Itu je nak sharekan pada awak semua. Barang apa yang saya beli itu rahsia. Hehehe..xoxo.

Sayonara.

19 comments:

  1. yer saya masih ingat kesah itu #angguklelaju

    biasa pekeja setempat mmg orang yak sama je la kan.. melaenkan dia kena pindah keje or benti keje baru tuko org len #bertabahlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah!..shin masih ingat akan peristiwa itu..hehehe..owh yeke mcm tu..hehehe

      Delete
  2. Pos laju memang cmtu..nti kalau nk bom pos laju jgn lupa ajk skali..hehe

    ReplyDelete
  3. Amer Fi Amanillah9 January 2016 at 01:17

    Dah lama tak guna Pos laju, biase guna kurier swasta je

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yeke, sebab beli barangkan, dia orang pakai pos laju..

      Delete
  4. Plg benci brurusan ngan postoffice, lembab,
    Stimnyerr mata ang, aduhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat mcm mn abg, dah kena berurusan dengan pjbt pos...kenapa abg dengan mata kita??..

      Delete
    2. Mata abg kan jadik camtu time "nazak" haha
      Papun mata ang mmg cantik sdp dipandang, rupa pun manis untunglerr sapa dpt

      Delete
    3. nakalah abang ni..hahaha....terima kasih diatas pujian tersebut...hehehe

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Amir pun kekadang malas nak berurusan dengan pejabat pos nie...terutama pos laju...so skang nie Amir kalau nak buat kurier...Amir pergi syarikat lain jer...bosan tul dengan sistem pejabat pos nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amir, tu lah kan, nak buat macam mana, kalau ada banyak pilihan kira ok lah tu..

      Delete
  7. ntah ntah abang pos laju tu saja nak jumpa hang ???? jodoh mungkin ????

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanyalah, tu yang hantar barang lambat kat rumah..nanti apa-apa saya update..hahaha..

      Delete
  8. Tapi abang Poslaju kawasan rumah aku handsome ! Sejuk mata memandang ! Tiber. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh!..untunglah dapat cuci mata selalu..hahaha..nanti kirim salam k...

      Delete
  9. jgn dimarahkan pekerja poslaju.. mereka bekerja utk mncari rezeki... kdg2 tgk hari weekend pun depa anto barg....hehe.bydway encik poslaju yg anto brg kt opis aku pun boleh thn cute....kekdg kesian gak tgk dia.cuti2 pun anto brg..byk plak tu...berbakul2 dia anto....

    ReplyDelete
    Replies
    1. abang tebuan, kita tak marahlah pekerja poslaju sebabnya tak semua pekerja macam tu, ada yang ok....untunglah dapat cuci mata...hahahaha..

      Delete