Pages

Click Me

Tuesday, 10 January 2017

Hai 2017!.


Image result for photographer ideas model

Assalammualikum..

Hello and Hai guy..

My first entry for 2017. Terpanggil nak tulis bila buka reading list awak-awak semua dah tulis entry baru. Kalau ikutkan rasa malas ni memang tak menaiplah jawabnya. Macam mana tahun 2017 awak semua, ok tak?. Aku masih blur lagi bila masuk tahun 2017 ni, rasa macam tahun 2016 je. 

Untuk perancangan bagi tahun 2017 aku dah mulakan sedikit demi sedikit langkah supaya berjalan seperti yang dirancangkan tahun lepas. Walaupun pada mulanya agak memeningkan kepala sampai rasa nak migrain tapi kena tempuh juga sebab dah buang banyak masa sebelum ini. Nanti aku akan sharekan apa yang aku lakukan bila mana apa yang dirancangkan sudah mendapat hasilnya.

Rasa malas nak study bila mana dah lama tak sentuh bukukan, mula-mula tu rasa mengantuk gila tapi gagahkan diri study sambil dengar lagu kat youtube bila dah mula focus study perlahan-lahan tanggalkan earphone. Hahaha. Dah berapa hari tak study duk melayan movie thailand kat youtube, aku memang suka tengok cerita thai daripada yang lain, bila dah mula melayan semua movielah aku tengok. Dah movie tahiland semua best-best nak buat macam mana, salahkan lah orang yang upload masuk youtubelah. Bila tak study rasa menyesal lak, ingat-ingat lupaa apa yang dibaca.

Ok, lepas update entry ini akan terus study sampai ke malam. Erm, apa lagi ye nak tulis?, owh ye esok birthday Datuk Siti Nurhalizah, happy birthday datuk!, dah lupa yang keberapa tahun. Tadi aku dah mulakan balik sesi exercise aku sebab dah banyak sangat makan muka pun dah bulat so kenalah exercise balik plus ramai pulak yang update kat IG dia orang workout lah, zumba lah dan sebagainya, pergh! bepeluh kita wak tengok dia orang post kat IG tu yang bagi semangat untuk exercise balik. Rasa macam nak masuk kelas zumba sebab bila buat sorang-sorang tak ada mood tapi tulah kena survey dulu, kalau boleh cari yang dekat dengan rumah.

Nak pergi exercise kat park tak biasa pulak, rasa macam tak best. Hahahaha. Tak pe, setakat ni buat exercise kat rumah dulu, yang penting dapat keluar peluh dan lemak-lemak kat badan ni dulu. Dan makan pun kena jaga juga , buat penat je berpeluh sakan lepas tu makan tak berjaga bagai kan. Semoga istiqamah!.

Itu sahaja untuk permulaan tahun 2017, jumpa lagi di entry yang lain. Dan kepada awak semua kalau saya tak komen kat entry awak tak bermakna saya tak baca entry ok k, kadang-kadang line problem bila nak tinggalkan komen. Take care!..mmmuaahhh sikit.

Sayonara!..








8 comments:

  1. Selamat 2017 Carl Dani *dah berapa kali ak wish rasanya wakaka
    Selamat study ye Carl, and make sure buat jugak benda2 yang mengenjoykan nanti stress plak study je hehe
    Citer Thailand best kan, paling suka citer hantu Thai huuuu, citer lawak dia pun best

    p/s Jom berzumba! huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok awak, u too..mehlah kita berzumba..jom awak....tahu tak pe crta hantu thai paling best sekali, seram plus kelakar..hehehe

      Delete
  2. Amir pun suker tengok citer Thai kat youtube...tapi kebanyakkan citer Bishonen Love lah...hehehe...;-P

    PS : Jom tanamkan dan kuatkan Azam kita nak workout tahun nie yer Carl...;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...ok amir marilah kita sama-sama workout k untuk membuang lemak kat badan ni..take care amir..

      Delete
  3. Sawadikap! kamen kah krap kung khap...ekekeke :merapu:

    Instead zumba, kenapa tak jogging sambil menikmati kehijauan alam? boleh cuci mata sekali...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. abang kamen, entahlah bang malas nak mencuci mat..hahahha

      Delete
  4. Replies
    1. jom abang shin, sama-sama sihat dan awet muda..hehehe

      Delete