Heart

Heart

Pages

Click Me

Tuesday, 12 November 2019

Birthday Macho Lelaki.

Happy Birthday to You
Happy Birthday to You
Happy Birthday to You
Happy Birthday to You.

Hello and Hai.

Entry ini sepatutnya ditulis pada 13 hari yang lalu, namun empunya blog ini agak pemalas maka ia tertangguh sampailah hari ini. Seperti yang semua maklum (cewah!) hari jadi aku pada 30 Oktober dan boleh dikatakan setiap tahun aku akan membuat entry pasal birthday aku. Hahaha. Saja untuk syok sendiri nanti ada masa dapatlah untuk aku baca dan kenang semula.
Image result for birthday quotes"

Hari jadi aku pada tahun ini tidak disambut seperti tahun lepas, entah aku malas nak buat acara makan-makan dengan ahli keluarga. Aku tak ada pun status hari jadi aku di whatsapp seperti tahun lepas. Cuma kawan yang rapat dan kenali aku wish aku, bagi aku itu dah cukup. Walaupun bertambah usia aku masih kekal remaja seperti 17 tahun...hahaha.

Image result for birthday quotes"

Bagi aku tahun ini agak special sedikit sebab pertama kalinya aku dapat hadiah!.wow. sangat tidak disangka dah besar pun dapat hadiah juga..( u know who u are πŸ˜‰). Tak sangka dan tak diduga dapat hadiah besar sangat, terkejut kita wak. Hehehe..Bila buka hadiah lagi terkejut kita, dapat beruang. Hehehe. Bila rindu dapat peluk πŸ˜—..


Aku tak ada apa-apa ucapan buat diri cumanya aku harap diberikan kesihatan yang baik kerana kesihatan itu amat besar nilainya. Bila kita sihat macam-macam benda yang boleh kita buat. Terima kasih kepada anda yang membaca ini, walaupun blog saya membosakan anda. Satu lagi perkara tinggal beberapa hari lagi aku nak take off braces aku. Yeah!. Setelah 5 tahun aku pakai dah sampai masanya. Mungkin orang lain tengok gigi aku tak berapa cantik tapi bagi aku itu dah cukup cantik, serik wei pakai braces. Hahaha.

Ok lah sampai kita berjumpa lagi dilain masa, jaga diri jaga kesihatan, sampai bersua lagi.

Sayonara..


2 comments:

  1. Dapat hadiah teddy bear..siapa la yang pemurah tu..hehehe. Happy belated birthday CD!

    ReplyDelete