Heart

Heart

Pages

Click Me

Wednesday 18 February 2015

Aku Dan Saya

Hello and Hai.

Selamat tengah hari dan esok Chines New Year. Sekirannya kalau kau orang perasaanlah perbezaan bahasa yang aku gunakan ketika tulis blog dan juga ketika aku membalas setiap komen yang ada. Itu pun kalau kau orang perasaanlah perbezaannya. Yang pasti aku gunakan perkataan AKU untuk menulis blog dan SAYA di mana aku gunakan untuk membalas setiap komen yang di tinggalkan pada setiap entri.

Dan hari ini aku akan terangkan kenapa wujudnya perbezaan perkataan tersebut dalam blog aku. Seksi Lelaki adalah orang yang sangat pelik yang perlu kau orang semua tahu. Cewah! peliklah sangatkan....Ok, marilah kita semua melihat apakah perbezaan antara AKU dan SAYA


-AKU-

Perkataan 'aku' ini mula timbul ketika aku sedang menaip entri dimana pada awalnya aku nak gunakan perkataan 'saya' akan tetapi rasa macam kurang menarik jalan ceriter, bagaikan tidak bernyawa entri yang aku taip. Maka bermula detik itu aku mengunakan perkataan 'aku' bila aku menaip entri blog. Selain itu, aku juga rasa selesa mengunakan 'aku' daripada 'saya'.

Pada mulanya rasa macam kasar je bunyi 'aku' tu tapi tetap juga guna dan sekarang dah sebati dengan gaya penulisan aku. Rasa macam kurang selesa pulak mengunakan 'aku'. Bukannya apa aku tahu yang baca blog ini banyak yang lebih berusia berbanding dengan remaja sebaya aku. Itulah sebabnya bila aku membalas komen aku akan gunakan perkataan 'saya' sebagai ganti nama diri dan juga perkataan 'aku'. Dah macam kelas bahasa Malaysia pulok. Hehehe.

Bila aku baca satu persatu blog samaada blog straight atau pun senget, aku tengok dia orang juga mengunakan perkataan 'aku' ketika menulis entri mereka. Maka aku pun rasa selesa dan dapat menyesuaikan diri aku dengan perkataan 'aku' itu. Rasanya dengan pengunaan perkataan 'aku' lebih mudah untuk orang memahami apa yang kita tulis didalam entri kita itu. Hanya pandangan aku sahaja dan mungkin pandangan kau orang berbeza-beza.


- SAYA -

Bila rasa perkataan 'aku' sesuai digunakan dalam entri sahaja, maka munculnya perkataan 'saya' bila setiap kali aku membalas komen-komen yang ada. Disamping untuk menjalinkan hubungan yang baik serta mesra kepada mereka yang sudi meninggalkan jejak di dalam entri yang ada di blog ini.

Bukan sahaja ketika membalas komen di dalam blog ini tapi di blog-blog yang lain pun sama dengan pengunaan perkataan 'saya'. Nampak lebih sopan dan santai seperti pemilik blog yang anda sedang baca ini. *Perasaansendiriterlebihsudah*. Saya suka berkenalan dengan siapa-siapa lagi terutamanya yang berkenan di mata!. Tiap-tiap hari baca blog 'sidia' tu. Hehehehe. Dia bukan tahu pun saya tengok blog dia tiap hari.

Berbalik pada topic asal, bagi saya rasa macam sesuai bila membalas komen atau meninggalkan komen di blog orang lain dengan menggunkan perkataan 'aku' tersebut. Itu dari segi sudut pandangan si penulis blog ini sahaja. Semuanya terserah anda kerana anda yang menaipnya bukan orang lainkan.

Apa-apa pun semuanya mengikut cita rasa penulis tersebut yang dapat memberikan keselesaan pada si penulis. Sebenarnya tak penting pun, yang penting orang lain faham apa yang ingin kita sampaikan dan dapat manfaat darinya.

Sayonara.






15 comments:

  1. Siapa lah blogger bertuah tu ye. Beruntung sungguh ada die-hard-reader

    #kelipkelipmata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe. Kan bertuah sungguh blogger tersebut..* sambil tersipu-sipu malu.

      Delete
  2. aku prefer guna "aku" instead of "saya".

    "aku-kau" lebih friendly,mesra,tak kekok atau too formal.
    "saya-awak" terlalu formal..lagi sesuai kalau gap umur terlalu jauh eg:10 tahun ++

    ReplyDelete
  3. Frasa aku ko ... kalau takde harapan nak bercinta
    Frasa saya awak ... kalau rasa nak memberi harapan
    Frasa I dan U .. kalau dah start get into relationship
    Frasa sayang .. kalau tengah gedik ..

    Regards
    Nu'man ..kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap frasa ada maksudnya yang tersendiri. kan wak kan. hehehe

      Delete
  4. dulu aku-kau
    pastu abang-saya
    then ehem-ehem

    haha :D

    ReplyDelete
  5. Aku lebih suka guna aku.
    Tak awkward sangat

    ReplyDelete
  6. Aku - ko = tuk baru kenal...just kawan- kawan
    Saya - awak =bila ade feel syg or caring kt org tu..
    i - u= tuk berjenaka or mengedik mcm numan kate..

    ReplyDelete