Heart

Heart

Pages

Click Me

Friday 13 November 2015

'Macho lelaki'


Hello and Hai..


Hari ni nak sharekan sikit tentang bagaimana aku nama idea atau ilham untuk menamakan blog aku sebagai Macho lelaki. Mari kita mulakan sebuah pengembaraan kecil kembali ke masa lalu.


Aku mula buat blog ini pada tahun 2013, hujung tahun kalau tak silap aku. Meski pun ketika itu agak busy dengan pelbagai urusan bagai namun disebabkan keingginan yang tinggi nak buat blog, maka terhasil blog ini. Satu masalahnya adalah aku tak ada idea untuk beri nama untuk blog aku.

Kalau beberapa tahun yang lepas, boleh dikatakan banyak sangat blog-blog plu yang best-best. Daripada jalan ceritanya, penggunaan ayatnya dan tiada unsur yang terhalang. Tapi sayang blog-blog tu semua dah tak ada lagi dah. Itu salah satu sebab kenapa aku nak buat blog walaupun blog aku sendu.

Kalau dulu nama blog agak unik sebabnya nama blog mereka berdasarkan siapa diri mereka. Sebagai contoh, badan kau berotot, maka nama blog akan jadi, blog abang berotot. Atau pun kau suka lelaki, maka nama blog akan jadi, blog lelaki suka lelaki. Lebih kurang macam tu contohnya. Itu sebagai contoh je k..

Aku dapat nama blog aku ketika aku berfikir/berfantasi tentang seorang lelaki yang handsome, rupawan, mempunyai daya tarikan, berkarisma, digilai ramai. Mula-mula nak letak lelaki kacak, tapi nama tu dah wujud. Nak letak kacak lelaki, macam pelik je. Nak letak lelaki handsome, macam biasa-biasa je sebabnya perkataan 'handsome'  tu dah selalu digunakan dan dah biasa dengar.

Berfikir dan berfantasi tertiba-tiba muncul perkataan 'macho' di kotak fikiran aku. Perkataan 'macho' jarang digunakan. Nak letak lelaki macho tapi macam kurang kena je dan entah macam mana dapat idea nak letak macho lelaki. Hahaha. Rasa macam lain sikit sebutannya. Maka wujudlah blog 'macho lelaki'. Hehehe.

Itu untuk nama blog dan link blog. Kalau kau orang perasaan atau masih ingat, dulu nama profile aku 'seksi lelaki'. Ingat tak? Hehehe. Ketika itu dapat idea nak letak 'seksi lelaki' sebabnya mana ada orang panggil seorang lelaki itu seksi. Maka wujudlah nama tu untuk nama profile aku. Memang pelik bila orang tengok, lagi-lagi kalau tinggalkan komen kat blog orang. Mesti empunya blog rasa pelik, terkesima, geli, dan sebagainya. Hello! seksi sangat ke sampai nak letak nama macam tu sekali????. Hahahaha.

Tapi itu dululah, sekarang aku tukar ke 'macho lelaki' sama nama dengan blog. Senang, sedap dan berkhasiat. Hahahha. Nanti tak ada orang dok berfikir seksi sangat ke empunya blog ni. Hahaha. Perasan sangat, macamlah ramai yang baca blog aku yang tak ada apa yang menarik ni.

Aku tak adalah perasaan yang aku ni macho sangat atau macaho disebabkan nama blog aku macho lelaki. Sebabnya ramai yang tanya, 'u ni macho ke'? 'u ni mesti macho tu sebab nama blog pun macho'. Sebenarnya TIDAK, bagi aku biasa je sama macam orang lain. Yang penting sedap mata memandang. Hehehe. Itu sahaja untuk kali ini..

Have a nice day and sayonara..


Thanks for reading this!..


12 comments:

  1. Blog abang berotot tu bestt !
    Ada novel bersiri kalau tak silap !
    Mana dia menghilang agaknya sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mr Unknown...dulu pun Amir rajin baca blog dia...tak tau lah maner menghilangnya author tu ek...huhuhu...;-P

      Delete
    2. Mr Dominic: Owh yeke...tak tahu pulak..

      Delete
  2. Macam Amir plak...Amir saja jer pilih trademark blog Amir ~ This Is The Part Of Me ~ sebab blog nie melambangkan saper diri Amir and Amir punyer moto "Somewhere Over The Rainbow..." tu paham-paham jerlah apa kene mengena Rainbow dengan kehidupan kita nie....hihihi...;-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amir: Blog kita tak ada moto pun wak..hehehe..nama blog melambangkan siapa penulisnya kan..

      Delete
  3. actually penggunaan nama utk blog ni sgt penting sbrnya.. ianya sgt penting utk search engine mcm google ke klu2 org nk search pasal something.. my blog dulu pun dah berkali2 bertukar nama sampai lah jadi Malaysian PLU Story.. tp ada reason juga knp aku pilih nama tu.. sbb nak 'buat orang mudah nak jumpa'.. trust me.. byk je org2 yg search words mcm 'malayu plu', 'plu malaysia' and seumpamanya.. then search engine mcm google ni biasanya akan padakn dgn perkataan yg hampir sama.. so, benda ni mcm kita nk mudah buat our blog senang org nak jumpa.. nk beri contoh, kalau AirAsia, mesti dia nk guna web dia nama airasia.com.. dia xkan letak perkataan lain mcm 'penerbangan.com' misalnya.. so, dlm blog, kita kena tahu siapa target pengunjung kita, n mcm mana kita nk mudah kn dorang nk jumpa blog kita.. jadi, atas alasan mcm tu juga lah aku guna nama Malaysian PLU Story.. mcm blog Aku Lelaki Berotot tu.. memang byk org search kat google mcm ayat abang sado, abang muscle lah, abang berotot n seumpamanya.. so, boleh relate x dgn apa yg aku maksd kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Putera di atas penerangan tersebut...yup faham dengan apa yang Putra sampaikan..hehehe..semoga blog kita semua dapat memberikan ilmu yang bermanfaat kepada semua..

      Delete
  4. Bila saya tulis nama blog saya pon begitu .. I hope akan jumpa orang yang sama macam saya .. looking for a lost soul ... :p harap2 awak pon berjumpa dgn lelaki yang seksi dan macho ..kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai abg Numan..amin, semoga menjadi kenyataan doa abang Numan..hehehehe

      Delete
  5. hahaha sebenarnya kau memang macho kan...omg nama blog aku merepek sangat...hahaha...takde orang search pon...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Crescent ; Mana tahu ni....blog u pun ok..hehehe

      Delete
  6. alkesahnya.. nama blog shin xde berunsur ke arah plu.. tu pasal sendu di aidilfitiri #nanges

    ReplyDelete