Heart

Heart

Pages

Click Me

Thursday 31 December 2015

2015.


Hello and Hai.

Hari ini hari terakhir tulis blog dalam bulan 12 pada tahun 2015. Tak tahu nak letak tajuk apa, pakai letak je 2015. Tahun 2015 adalah tahun yang mengajar erti kehidupan, menjadi lebih matang, berfikiran terbuka, persahabatan dan sentiasa berfikiran positive. Liku-liku kehidupan dalam tahun ini semuanya saya abadi didalam lagu-lagu yang saya dengar. Setiap lagu ada kisahnya dan nanti di masa hadapan bila dengar lagu tersebut sedikit sebanyak akan teringat kembali memori yang lalu. Ingatan saya tidak cukup kuat untuk mengingati setiap peristiwa yang terjadi meski pun saya masih muda, (hehehe) jadi saya abadikan dalam bentuk lagi.

 Tahun 2015, adalah tahun dimana saya mengenali lebih ramai blogger berbanding dengan tahun sebelum ini. Dan terima kasih kepada yang sudi baca blog saya dan tinggalkan komen di kotak bawah. Saya amat menghargainya.

Hari ini, 31/12/2015 ramai yang tidak sabar untuk menyambut tahun baru. Bagi saya ia biasa sahaja dan akan menyambutnya dengan cara saya sendiri, duduk rumah, makan-makan, tengok movie sampai tengah malam dan tidur atau mungkin malam ini berbeza sedikit sebab family saya nak dinner kat luar, itu kurang pasti.

Untuk tahun baru saya tidak meletakkan apa-apa matlamat pun. Bagi saya cukuplah tahun yang mendatang akan memberikan kesihatan yang baik, kehidupan yang baik dan bagus, rezeki bertambah murah dan sekali gus apa yang kita mahukan akan datang dengan sendiri.  Saya tak mahu letakkan harapan yang terlalu tinggi, kerna takut terus tersungkur dan tidak bangkit. Ikut keselesaan dan daya tahan kita sendiri didalam mencapai matlamat.

Ok, saya nak sharekan beberapa lagu yang saya suka untuk tahun 2015.



- Love me like u do-

Lagu yang banyak memberikan inspirasi didalam perhubungan yang dulu. Lagu yang menceriterkan tentang sebuah kisah percintaan yang tiada penamat. Hanya tinggal memori yang hampir padam.



Lagu yang paling kerap dengar kat fon. Terima kasih kepada awak diatas lagu ini.



Saya suka pada RJ disebabkan lagu dan juga pada Tasha Manshahar. Lagu yang berkisah tentang semua bukan pasal percintaan sahaja. Hehehe.



Lagu ni sangat best, tergoda dengan suara Syed Shamim. Hahaha.



Bila tak ada mood dengar lagu ni. Lepas tu mood akan bertukar.




Lagu yang paling berhantu sekali. Dalam sehari lebih 5 kali tengok video clip ni. Lagu ni sangat sweet. hahaha.


Apa perancangan awak-awak semua malam ni?. Celebrate tahun baru dengan siapa?. Tengok bunga api malam ni?. Apa juga benda yang awak semua lakukan, sila jaga diri dan selamat menikmati malam tahun baru nanti. Semoga tahun 2016 kita akan bersua lagi dan memberikan kenangan yang tidak dapat kita lupakan.


Sayonara.

Selamat tinggal.

2015.


xoxo.

14 comments:

  1. Hai..Selamat Menyambut Tahun Baru Carl Dani..
    malam ni saya akan celebrate tahun baru dengan siapkan report..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru pada awak juga...rajinnya dia buat kerja..hehee

      Delete
  2. Selamat Tahun baru Carl...banyak tul lagu Favorite Carl tahun nie...huhuhu...Well, buat mase skang nie Amir minat tul dengan lagu Like I'm Gonna Lose You - Meghan Trainor tu...;-P

    Whatever pun, selamat tahun baru buat Carl...Moga tahun depan mendatangkan kebahagiaan buat Carl k...;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru juga buat Amir....Carl pun suka juga lagu tu..samalah kita..hehe

      Delete
  3. Happy new Year macho lelaki, mr white ske lagu first n last tu je. haha ohhhh zaynn ku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy new year to you too..owh suka zaynn ye..hehehe

      Delete
  4. Happy new year..aku suke lagu2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy new year to you too..samalah kita..hehehe

      Delete
  5. semua lagu tu shin x penah dengar.. selamat tahun baru ek "cintamu muzik di hatiku"

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru juga shin..nakal shin ni...hehehe

      Delete
  6. Happy new Year Carl !
    Semua lagu tu best especially Tok Ti !

    ReplyDelete