Heart

Heart

Pages

Click Me

Friday 18 March 2016

Hikmah bersabar.


Hello and Hai.

Salam Jumaat semuanya. Hari ini (18/03/16) aku nak sharekan tentang kebaikan bersabar dari pelbagai sudut yang aku pernah alami. Ok, kisah yang pertama berlaku bila aku beli barang secara online. Menerusi ig, aku kenal seorang peniaga wanita ni, muda lagi dan kita namakan dia sebagai  'M'.

Dah banyak kali aku beli barang dengan M, sebabnya dia jual murahlah juga harga siap pos. Akan tetapi yang kurang bestnya, M jenis yang lambat balas chat whatsapp. Kalau hantar hari ini, esok baru M balas chat. Bila aku nak barang, aku akan tengok ig dia lepas tu bank in duit, hantar details kat M, lepas tunggu barang sampai kat rumah. Biasanya macam tu dan barang akan sampai dalam beberapa hari kemudian

Nak dijadikan ceriter, aku dah bank in, hantar details kat M dan dia tak balas pun chat aku. Aku tunggulah beberapa hari, dia tak balas chat dan barang pun tak sampai. Aku pun hantar chat bertubi-tubi macam peluru kat dia dan baru dia balas. Aku tanyalah dia barang dah pos ke belum, kalau belum return balik duit. Dia cakap dalam proses untuk pos. So, aku pun mintalah tracking number, malam tu baru dia sent. Bila aku check kat laman web, pagi tadi baru dia pos barang aku.

Maka aku pun tunggu barang dengan penuh kesabaran dalam senyuman. Bila dengar je abang pos tekan bell dengan senyuman aku sambut dan semakin lebar senyuman aku bila tengok parcel aku bersaiz besar. Aku pelik sikit sebab aku beli 2 barang je tak ka besar sangat. Masuk rumah, dengan hati-hatinya aku buka pacel aku, ada 3 barang dalamnya. Aku beli vitamin dengan serum tapi aku dapat vitamin, serum dan lotion. Actually, serum dengan lotion tu satu set tapi aku beli loose item. Sekali dapat satu set dengan harga loose item.

Mungkin sebab banyak sangat order dari orang lain maka si M tersalah baca order aku. Ada hikmahnya bila barang aku lambat sampai. Nasib baik abang pos laju tak buat hal yang macam entry aku sebelum ni. Hahaha. Kalau tak, terpaksalah pergi ambil barang kat pejabat pos.

Ok, aku nak sharekan sikit tips untuk bersabar. Masa si M tu tak balas chat dan barang tak sampai, ikutkan hati nak je hantar chat marah kaw2 kat dia. Namun aku bertenang, minum air jup baru aku send chat kat M dengan bahasa yang lembut dan sopan. Aku send kat M ayat macam ni 'awak dah pos belum barang saya'? Aku send secara bertubi-tubi sebabnya nak bagi si M baca chat aku. Nasib baik aku tak gunakan perkataan yang kurang elok kalau tak malu wei bila ingat balik. Hahaha.

Itu je kisah yang aku nak sharekan, kalau ada lagi aku sharekan next entry k. Musim panas ni kerja aku makan je kalau tak nanti kena gastric, dah naik muak hadap ubat. Jangan lupa minum air banyak-banyak sampai kembung k. Selamat berhujung minggu. 

Sayonara...


8 comments:

  1. Uuu amek vitamin..mesti peloles ni..hehe

    ReplyDelete
  2. Yap setuju dengan Carl...orang yang sabar akhirnya pasti akan berjaya...lagipun kalau marah-marah selalu akan meng stress kan diri sendiri buat per...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu amir..yang penting kita enjoy dan happy...hehehe

      Delete
  3. Suggest sikit pakai apa. haha nak kulit flawless jgk ni. soalan serius ni. bagi ig akak M tu skali. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti i buat satu entry tentang apa yang i pakai k, nak senaraikan kat sini panjang sangat..hehehe...nanti i send kat hangout..hahaha

      Delete
    2. eh nak jugak cari supplement yg sesuai...suggest sikit...

      Delete
  4. hahaha ni aku nak pesan kepada semua...kalo beli online tapi orang tu reply lambat sikit takpe...sabar...sbb penjual pon sama juga orang biasa...macam aku pukul 1 pagi pon ada orang wasap nak beli baju budak...macam nak nangis terjaga tidur sebab wasap masuk...hahaha...

    ReplyDelete