Pages

Clik Me

Friday, 9 February 2018

Hello February 2018!.

Friday, 9 February 2018

Image result for february

Hello and Hai.

Sepatutnya dah lama update blog ni tapiiii layan sangat twitter sampai ke malam baru nak update. Hahaha. Dah pun masuk bulan baru tahun 2018, baru terasa masa berjalan dengan pantas berbeza dengan bulan Januari lepas rasa tak ada apa-apa.

Dunia blog semakin lama semakin sepi, berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Semalam ada beberapa rakan blog yang update entri mereka, dapatlah baca kisah semasa mereka. Rindu sangat nak baca blog kau orang semua, silalah update walaupun tak kisah nak diceritakan pun. Hehehe.

Oh ya, wechat akaun aku dah delete hari ini. Setelah aku berfikir dan berfikir lebih baik aku delete buat pening kepala je nak uruskan banyak akaun media sosial. Yang mana ada IG atau twitter tu follow aku, tapi aku lebih aktif ditiwitter berbanding di facebook. Akaun fb pun sendu tak bernyawa pun, kalau orang hantar massage pun lama gila baru aku nak replay. Hahaha.

Kau orang tengah buat apa tu?. Aku didalam proses untuk rajinkan diri membaca buku. Entah kenapa aku dah malas nak baca buku, novel ke apa seangkatan denganya. Sebab banyak komitmen aktiviti membaca tu aku dah buang jauh dari hidup aku. Bila ada test,kuiz, final baru hadap buku kalau tak terbiar tersadai disitu tanpa diusik. Apa nak jadi dengan awak ni. Hahaha.

Untuk itu aku mencari inspirasi dan idea untuk merajinkan diri membaca dan fokus,fokus,fokus buat kerja semua daripada spend time dengan media sosial semuanya itu. Lagi-lagi dah beli gadget baru ni kalau boleh 24 jam nak pegang sebabnya nak biasakan diri pakai apps dia. Alasan semua. Hahaha.

Cuti raya cina kau orang buat apa?. Kalau aku memang tak kemana ada je kat rumah ni sebab tak keluar pergi mana pun. Kalau keluar pun beli barang lepas tu balik terus atau pun keluar cuci mata tengok barang-barang sambil survey harga, manalah tahu kalau nak beli nanti senang.

Ok lah sampai sini sahaja untuk kali ini, saya ada nak siapkan tugasan saya malam ni, Biasalah manusia suka buat kerja last minit sampai mata pun dah macam panda. Sekian.

Sayonara!.


4 comments:

Macho Lelaki © 2014