Heart

Heart

Pages

Click Me

Wednesday 25 February 2015

Demam

Hello and Hai.

Waktu malam semalam rasa panas sangat jadinya memang minum air masak berliter. Sebabnya nanti memang akan kena demam sebabnya memang alahan dengan panas. Tapi rasa diri macam ok je, boleh di kawal lagi. Kepala pun tak rasa sakit dan tidak pening. Semalam tidur awal sebabnya rasa mengantuk sangat, maka tidurlah dengan tenang. 

Tiba-tiba ketika sedang enak tidur, kepala rasa sakit sangat. Macam nak terputus urat di kepala, dapat rasa urat bergerak-gerak dekat dahi terutamanya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Bila rasa dahi panas!. Tertiba panas tadi sebelum tidur ok je. Pada masa yang sama badan pun terasa sakit-sakit kat sendi. 

Bila keadaan diri dah macam tu, maka mimpilah benda-benda yang tidak berapa elok. Selalu terjaga tidak dapat tidur lena. Badan semakin rasa sakit-sakit. Dalam pada tu, aku pun ambil tuala, rendam sekejap dalam air sejuk kemudian letak kat dahi. Baru rasa lega sikit daripada kesakitan.

Bangun pagi tadi dah tak berapa panas, cumanya kepala masih pening lagi. Sakit atau tidak itu belakang ceriter yang penting kena buat kerja. Masa ni pulak banyak kerja, dugaan kena sabar. Kalau tak baik juga baru pergi jumpa Doc.


Image result for demam tinggi

10 comments: